Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 21, 2024 @ 5:30pm

[VIDEO] “Saya Tak Mahu Digelar Janda Gatal, Dituduh Tak Boleh Hidup Tanpa Lelaki” – Puteri Sarah Liyana

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana enggan terbabit dengan mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana bimbang sekiranya digelar ‘janda gatal.’

Menerusi video tular siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah tampil bersuara membidas komen salah seorang netizen yang bertanya mengenai statusnya.

“Kalau saya kata saya ada hubungan, nanti orang akan tuduh saya janda gatal pula. Jadi adakah awak nak saya ini dituduh janda gatal dengan orang-orang di luar sana?

“Itu bukannya awak seorang peminat yang menjaga saya, tetapi itu adalah peminat yang lagi nak merosakkan saya,” katanya.

Dalam masa sama, aktres drama rantaian Polis Peronda TV3 ini memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadi terutamanya berkaitan cinta kerana mempercayai akan menjejaskan imej dan namanya.

“Saya kena jaga diri, kalau saya suka-suka hati cakap atau tunjuk saya ada hubungan dengan seseorang, orang akan kata saya janda gatal, saya ni gersang.. tak boleh hidup tanpa lelaki.

“Cuba letakkan diri awak di tempat saya. Saya ada dua orang anak, kalau mereka tuduh saya macam tu, nanti anak-anak saya kena,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Puteri Sarah menyokong kenyataannya itu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 45,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan lebih 70 komen.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

@lumierhq

Yang komen tu mohon hadam eh..klau btol fans ples hormat..and dh tahu diam jer..doakn yg baik2…ishh geram aku😅🥺love you lady boss🥰🥰❤️ #lumierhq #effectiveskincare #GlowUp #SkincareCommunity #BeautyRoutine #SkincareGoals #SkincareEssentials #HealthySkin #GlowingSkin #Toner #FacialWash #MeltingBalm #SkincareRoutine #skincare #andiarsyil #puterisarahliyana #lumiermalaysia #ikalumier

♬ original sound – ikalumiershop – ikalumier

Artikel Berkaitan: “Jagalah Jarak Jika Perlu, Bukan Bererti Kamu Yang Paling Jahat…” – Puteri Sarah Liyana Titip Pesan, Mohon Netizen Pilih Jalan Positif

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Thu, 5 Aug 2021

“Comelnya, Mirip Ayahanda”- Sambut Ulang Tahun Ke -10, Foto Terkini Raja Nazira Safya Jadi Perhatian Ramai

Telatah anakanda kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim sentiasa mencuit hati ramai netizen. Baru baru ini, Raja Nazira Safya telah menyambat ulang tahun kelahirannya yang kini mencecah usia 10 tahun. Bersempena […]

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Kalau SonaOne & Alif Bergabung Dalam Satu Lagu? ‘Obvious’ Meletop Kot!

Kata Alif, ‘Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini, kami sedar bahawa…

Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Fri, 24 Jan 2025

[VIDEO] Netizen Kesian Tiada Bapa Di Sisi, Rita Rudaini Dah Ajar Anak-Anak Jadi Kebal – “Kami Tak Terkesan…”

Anak Anak Rita Rudaini tak terkesan kerap ditanya tentang bapa, Aidil Zafuan

error: Content is protected !!