Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 3:20pm

Famili Duo 4: Kadang-Kadang Tersasul & Gugup, Sharif Zero Masih Belajar Jadi Pengacara… Jadikan Kritikan Pembakar Semangat

Bergandingan dengan pelakon Janna Nick mengemudi program Famili Duo 4 (FD4), pelawak Sharif Zero masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi pengacara yang baik.

Tersasul dan gugup atas pentas, Sharif terus optimis untuk terus berusaha memberikan yang terbaik ketika mengendalikan program FD4.

“Tersasul atau ‘fumble’ dalam mengacarakan program adalah perkara biasa dan ditambah lagi dengan perasaan gugup.

“Mungkin di luar sana ramai yang tidak tahu, saya mungkin sudah beberapa tahun melawak, tapi dalam pengacaraan, saya masih baharu.

“Apabila menerima input itu secara tiba-tiba ketika sedang berada di atas pentas, perkara sebegitu membuat saya berasa gugup.

“Pada saya benda itu perkara biasa. Kalau ditanya kepada mana-mana pengacara apabila mereka mendapat maklumat penting, mereka akan terkial-kial untuk mencari kata yang sesuai untuk diucapkan.

“Lagipun saya ini pelawak, jadi bagi saya itu tersasul perkara biasa dan ia adalah proses belajar,” katanya kepada XTRA.

Sharif ditemui usai konsert minggu kedua FD4 di Studio Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Enggan mengambil hati terhadap kritikan yang diberikan, Sharif menjadikan perkara terbabit sebagai pembakar semangat.

“Bermulanya FD4 pada minggu pertama lagi, saya sudah menerima banyak komen. Ada yang memberi semangat dan kecaman termasuk mengatakan saya tidak sesuai untuk jadi pengacara.

“Saya tidak peduli dengan komen itu kerana sudah lali dengan setiap kecaman netizen.
Kritikan mereka itu ibarat cubit, jentik pun tidak sakit sebab saya ini seorang yang kebal dengan kecaman.

“Biar apa mereka kata, saya akan buktikan yang saya boleh mengacara dengan lebih baik, Insya-Allah,” katanya lagi.

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

“Karya Komedi Romantik Masih Ada Peminat” – Tam Suhaimi

Tam Suhaimi berkongsi pandangan mengenai genre komedi romantik yang semakin jarang diketengahkan di layar perak.

Hiburan Mon, 12 Jan 2026

Mimi Lana Akui Diri Tak Sempurna, Fokus Berdamai Dengan Keadaan

Mimi Lana menegaskan dia mahu untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan menjauhkan diri daripada persekitaran yang dianggap toksik

Hiburan Mon, 25 May 2026
Featured Mon, 6 Sep 2021

Qari Terkenal Berdepan Tuduhan Gangguan Seksual, Didakwa Dengarkan Bacaan Al-Quran Selepas Merog*l

Qari dan pendakwah popular yang dikenali di beberapa negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, Fatih Seferagic dilaporkan berdepan dengan dakwaan tuduhan seksual. Menerusi laporan FACE, Fatih didakwa atas pertuduhan seksual ke atas ramai wanita dan difahamkan mangsanya yang […]

Trending Thu, 18 Aug 2022

Nabila Huda Dedah Terdapat Parut Pada Paru-Paru Akibat Covid-19

Beberapa minggu lalu, Nabila Huda telah membuat pendedahan bahawa dirinya mengalami pelupa dengan setiap perkara yang dilakukannya. Nabila atau lebih gemar disapa Abil, juga risau akan kerjaya seninya sekiranya masalah tersebut akan menjejaskan aktiviti lakonannya […]

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

《国民女神》特别企划全面招募中!打造 POTV大马国民女神

POTV《国民女神》特别企划全面招募中!寻找自信和魅力的你,展现最真实的一面。

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Zahirkan Rasa Cinta Mendalam Terhadap Tanah Air, BluntSheep Lancar Mini Album ‘Di Puncak Dunia’

Lagu utama yang turut dinamakan Di Puncak Dunia membawa mesej perjuangan, perpaduan dan cita-cita tinggi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Hiburan Sat, 25 Sep 2021

Selepas Zul Ariffin & Remy Ishak, Zizan Razak Pula Tarik Diri ABPBH34

Selepas pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), kini pengacara dan pelawak Zizan Razak membuat keputusan yang sama. Zizan menyampaikan khabar ini menerusi kemas kini […]

error: Content is protected !!