Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 8:26pm

Tampilkan Kesegaran Bakat Baharu, DFP Mempersembahkan Konsert Ketiga ‘Generasi DFP’

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu tahun ini yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.

Melalui inisiatif ini, DFP menyediakan platform untuk penyanyi, penggubah dan pemuzik baru untuk tampil ke depan dan mempamerkan bakat terpendam mereka.

Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lalu telah menarik minat dari seluruh negara dan sebanyak 100 video ujibakat telah diterima dari artis/band berusia antara 18 hingga 30 tahun. Setelah melalui proses saringan oleh pihak juri DFP, seramai 15 artis/band telah
disenarai-pendek untuk membuat persembahan di DFP.

Konsert ketiga Generasi DFP dijadualkan berlangsung pada Rabu, 20 November 2024 jam 8.30 malam dan bakal menampilkan persembahan dari tiga artis solo wanita iaitu Mardiana, Khalyn Mulyani dan Jo Lixian serta band Meruked dan Sounds Like Sunday.

Sounds Like Sunday berasal dari Kuala Lumpur dianggotai tujuh pemuzik muda. Kumpulan ini menggabungkan corak persembahan bertenaga dan lembut berteraskan irama Nu Jazz. Mereka telah melahirkan single Happy Meal, Is It Worth It dan Snacking sejak dua tahun lepas.

Jo Lixian mempunyai latar belakang pendidikan muzik formal termasuk ijazah dari Berklee College of Music. Beliau juga mempelopori sekolah seni Music Nation sebagai langkah membantu komuniti dalam bidang pendidikan muzik. Setakat ini, beliau telah melahirkan EP sulung pada tahun 2014 dan melancarkan lima buah single.

Mardiana yang berusia 25 tahun merupakan seorang penulis lagu dan penerbit yang meminati genre R&B dan pop. Beliau melancarkan album Don’t Cry For Me pada tahun 2022 yang mendapat perhatian penerbitan antarabangsa seperti Notion, Fame Magazine dan Lock Magazine. Kerap membuat persembahan serata Kuala Lumpur, beliau menerbitkan EP Dance Alone dan single I Don’t Care dan Make You Love Me tahun ini.

Khalyn Mulyani yang berusia 18 tahun merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dan pernah terlibat dalam pertandingan nyanyian seperti The Chosen One dan All Together Now yang kesemuanya diterbitkan oleh Astro. Beliau sangat komited dengan dunia seni dan telah menyanyi di beberapa majlis keraian peringkat kebangsaan.

Band Meruked berasal dari Kuching, Sarawak, dianggotai enam pemuzik yang menggabungkan elemen kontemporari dan tradisional (seperti bunyian sape). Perkataan ‘meruked’ bermakna ‘kekal malar segar’ dalam bahasa asli Lun Bawang yang membawa harapan untuk memelihara warisan bangsa. Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, band ini telah mengumpul ramai pengikut lantaran keunikan muzik mereka.

Konsert pertama dan kedua Generasi DFP telah berlangsung pada bulan Julai dan September lalu menampilkan Amrita Soon, Dekwa Cuwa, Ruebben Chelvan, Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone dan kumpulan LOCO, Cherry On Top dan Saiko-Rama.

Generasi DFP ialah sebuah testimoni komitmen kami dalam melestarikan komuniti muzik yang meriah dan menjadi pentas untuk bakat seni artis tanahair terus bersinar.

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut mengenai konsert ini, layari laman web DFP di www.dfp.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 May 2022

Kagum Dengan Cerita Peniaga, Nad Zainal Tanpa Berlengah Bawa Anak Berubat Di Perak

Nad Zainal bawa anak yang mengalami ekzema ke klinik Tapah selepas mendengar cerita seorang peniaga.

#LaguXTRA Thu, 12 Oct 2023

#LaguXTRA: Hasif Upin Kongsi Lagu Mengenang Arwah Ibu, Akui Ada Kisah Tersendiri

Wahh min pun sedih dengar lagu all time fav Hasif Upin tu

Featured Fri, 23 Jul 2021

Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, […]

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Featured Fri, 31 Oct 2025

Antara Emosi, Aksi & Eksperimen… Siapa Bakal Rangkul Trofi Filem Terbaik FFM34?

Siapakah bakal rangkul Filem Terbaik FFM34? Sama-sama kita saksikan!

Trending Mon, 8 Oct 2018

When to Use Hot Pack and Cold Pack on Injuries

There are some extra tips too!

error: Content is protected !!