Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 4, 2024 @ 10:56am

Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq… Sebutan Pertama Bagi Permohonan Rujuk, Perceraian Kedua Diana Danielle, Farid Kamil Pada 20 November Ini

Peguam syarie mewakili aktres, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian bersama aktor, Farid Kamil akan berlangsung pada 20 November ini.

Ketika ditemui media, Akberdin menjelaskan pasangan selebriti ini perlu memfailkan permohonan rujuk bagi kes cerai pada 10 Ogos tahun lalu sebelum memohon perceraian kali kedua.

“Pihak kami sudah memfailkan dua permohonan iaitu permohonan rujuk bagi perceraian yang berlaku pada 10 Ogos tahun lalu, dan kedua adalah permohonan cerai kali kedua.

“Anak guam (Diana) saya mengambil masa yang lama untuk memfailkan rujuk, jadi sekarang ini kena daftar dulu dan selepas itu baru buat permohonan cerai yang baru.

“Perbicaraan bagi kedua-dua kes tersebut akan berlangsung pada 20 November ini. Pihak defendan, Farid perlu hadir bagi sebutan cerai,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal mengenai punca perpisahan Diana dan Farid, peguam Akberdin menjelaskan perkahwinan mereka berlaku shiqaq berpanjangan serta sudah tiada persefahaman.

“Diana berkata punca dia mahu bercerai adalah kerana dia tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, selaim tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan) berpanjangan, iaitu pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya.

Pada pagi Isnin, Diana memakai jubah serba hitam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil bersama peguam syariah mewakilinya, Datuk Akberdin.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila dia nekad mahu bercerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram.

Namun begitu, Farid memaklumkan konflik hubungan antara mereka berdua hanya disebabkan oleh perselisihan faham kecil, yang dianggap satu kebiasaan buat pasangan suami isteri lain.

Terdahulu, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Jul 2020

Tahniah! Mira Filzah Akhirnya Selamat Bertunang

Tak sabar rasanya nak tengok wedding of the year ni!

Trending Mon, 27 Jul 2020
Filem Mon, 13 Apr 2026

Gayong 2 Dominasi Pawagam, Bukti Karya Tempatan Terus Dapat Tempat

Gayong 2 terus mencuri perhatian apabila berjaya menduduki tangga teratas carta pawagam.

Trending Wed, 2 Oct 2019
Trending Mon, 1 Aug 2022

“Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

Mas Idayu hampir siap persiapan dan bakal nikah bulan September.

Trending Sat, 19 Dec 2020
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Cayalah! Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon ‘Pulang’ Gamat

Suasana menjadi lebih gamat apabila pengacara majlis, Haziq menjemput lima orang peminat naik ke pentas dan melakonkan beberapa babak yang ada di dalam filem Pulang. Kelakar habis!

error: Content is protected !!