Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2024 @ 12:45pm

Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura,  Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respons berhubung nyanyian aktres jelita, Nur Fazura seperti yang tular baru-baru ini.

Kata Sharnaaz menerusi sesi live di TikTok, nyanyian Fazura menerusi lagu Bertahan Demi Cinta yang didendangkan ketika progam yang berlangsung di Indonesia itu sama sekali tidak sedap didengar.

“Nak tanya Mamu, sedap tak Fazura nyanyi? Tak Sedap…Sorry lah kena jawab jujur berdosa tau tipu. Kalau kau orang kata sedap aku kena pergi jumpa doktor,” katanya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Mengaku sebagai anak seni dia juga terkesan dengan kontroversi yang timbul, Sharnaaz bagaimanapun tampil memberikan nasihat bahawa tindakannya itu bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Bahkan, mahu Fazura mengasah lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.

“Dia (Fazura) aku rasa banyak kawan dia yang sokong sebenarnya,  salah pilih kawan dia ni.

“Aku bukan komen sebab apa…  dia pun kawan, semua orang pun kawan, sebab nanti bila dia kena macam ni aku kesian lah…  Kita pun anak seni. Bila kita tengok anak seni kena hentam macam ni, saya rasa macam kita ni tak ada maruah.

” Tapi tak boleh lah macam tu, orang kata kalau nak pergi berperang jangan bawa pensil, at least kena bawa pisau faham tak? Jadi apa yang saya maksudkan adalah kita kena asah lagi ‘skill’ kita,” ulasnya.

Menyedari lagu Bertahan Demi Cinta itu dirakam menggunakan auto tune, Sharnaaz memaklumkan orang ramai di luar sana sudah cakna dan dapat membezakan sama ada nyanyian tersebut asli mahupun sebaliknya.

“Masa recording aku dengar sedap. Tapi memang mereka tu geng auto tune. Auto tune tu memang sedap didengar, tapi orang akan tahu sebab dia akan bunyi pelik,” jelasnya.

Terdahulu, Sharnaaz menerusi komen balas menganggap bahawa mutu vokalnya juga sama seperti penyanyi itu.

“Okay aku ada geng… suara kita lebih kurang ni. Aku ada chan ni dengan single aku soon,” selorohnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anggap Suara Lebih Kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad Seloroh Ada Peluang ‘Keluar’ Single

ARTIKEL BERKAITAN:Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”

ARTIKEL BERKAITAN:Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Promosi Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Di Indonesia, Nur Fazura Kongsi Perasaan Selepas Bercerai – “Tiada Penyesalan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Trending Wed, 17 Feb 2021

Elak Kekeliruan, KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar

Tu lah kata syarat pengeluaran sudah dimansuhkan …

Events Tue, 10 Jul 2018

Wow! Tun M Kongsi Rahsia Gaji Selama 29 Tahun

Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan.

Hiburan Thu, 7 Aug 2025
Hiburan Mon, 13 Oct 2025
Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda

Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

Hiburan Sat, 18 Feb 2023
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Fairuz Sekadar Kawan, Wany Hasrita Minat Lelaki Sawo Matang

Wany memohon agar netizen tidak terus mensensasikan gossip  tersebut sehingga memberi impak tidak baik kepada ibunya.

Trending Sun, 30 Dec 2018

Majikan Tolong Bayar Hutang PTPTN Pekerja Akan Diberi Perlepasan Cukai

Pelepasan Taksiran Cukai individu SSPN akan dinaikkan daripada RM6, 000 kepada RM8, 000 setahun untuk simpanan dalam SSPN-I dan tambahan RM6, 000 diberikan untuk takaful bagi SSPN-i Plus.

error: Content is protected !!