Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 11, 2018 @ 6:50am

Fairuz Sekadar Kawan, Wany Hasrita Minat Lelaki Sawo Matang

Penyanyi Wany Hasrita, 26,  akui masih belum ada teman istimewa untuk dijadikan calon suami bahkan  hubungannya bersama sahabat lama, bekas anggota kumpulan Q Face, Fairuz Selamat sekadar kawan biasa.

Penjelasan itu disuarakan pelantun lagu ‘Menahan Rindu” ini berikutan desas desus yang tersebar kencang kononnya mereka sedang bercinta.

“Kami bersahabat sejak saya belum menjadi artis rakaman lagi. Abang Fairuz ialah sumber rujukan saya dalam bidang muzik kerana dia mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini,” ujar penama penuh, Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini.

Memetik laporan BH Online selanjutnya Wany menyambung kata:

“Begitupun, gosip yang timbul sama sekali tidak menjejaskan persahabatan kami. Ibu juga mengenali Abang Fairuz. Hakikatnya, kami tidak bercinta, sebaliknya sekadar bersahabat baik.”

Kredit: Facebook Fairuz Selamat

Pelantun lagu “Rindu Dalam Benci’ ini memohon agar netizen tidak terus mensensasikan gossip  tersebut sehingga memberi impak tidak baik kepada ibunya.

Kasihanilah ibu, mohon Wany, apatah lagi dia menyandang status ibu tunggal jadi gossip seperti itu mudah dipercayai orang ramai waima memberi impak yang kurang baik kepada ibu.

Khabar angin berhubung keintiman kedua-duanya mula tular  dan bertiup kencangg apabila keduanya sering dilihat memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Menurut Wany, buat masa ini dia masih belum mempunyai teman istemewa malah tiada perancangan untuk menaiki pelamin dalam masa terdekat.

Pun begitu, Wany tidak keberatan memberikan kriteria calon pilihannya yang  harus berkulit sawo matang, tinggi dan sedap mata memandang.

Jadi korang janganlah membuat hati ibu Wany kerisauan ya!

Barangkali video ini yang dimuat naik Wany pada bulan Mei 2017  mampu menjelaskan segala!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH Ke-32 Milik Siapa Agaknya?

 Mampukah penyanyi lagu ‘Terlalu Memuja’ , Wany Hasrita mempertahankan trofi Bintang Paling Popular yang dimenanginya tahun lepas? “Tahun ini, saya tidak mahu terlalu berharap kerana saya bimbang kecundang. Rasanya sakit menyakitkan. ”Saya tahu apabila menggenggam […]

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Ara Johari Ulang Kejadian Tahun Lepas Di AJL 33?

Lagu Bunga yang merupakan antara killer song pada malam ini ternyata membuatkan rata-rata penonton kecewa.

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Tahniah Datin Seri Zizie Ezette Atas Kelahiran Baby Kembar

Tahniah Datin Seri Zizie Ezette yang selamat melahirkan anak kembar lelaki

Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

Foto Dengan Wanita Di Bali Cetus Spekulasi, Meerqeen Minta Netizen Henti Buat Andaian – “Ramai Orang Dekat Situ, Dia Bukan GF Saya”

Meerqeen turut berharap orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas dan tidak terus membuat andaian terhadap dirinya hanya berdasarkan sekeping gambar yang tular

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Terima Tawaran Palsu, Diganggu Peminat… Hadie Elfardie Terkejut Ada Wanita Ajak Kahwin

Ada pihak cuba mendekati Hadie Elfardie secara berlebihan, malah ada yang ajak anak bujang Ina Naim ni kahwin!

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Ketika Kami Meluru Keluar, Lampu di Mall Sudah Mula Jatuh” – Hariz Hamdan Cerita Detik Cemas Gempa Bumi Di Bangkok

Hariz Hamdan menceritakan detik cemas merasai gegaran gempa bumi di Bangkok, tengah hari semalam.

error: Content is protected !!