Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri December 30, 2017 @ 4:06pm

Tahniah Datin Seri Zizie Ezette Atas Kelahiran Baby Kembar

Tahniah Datin Seri Zizie Ezette yang selamat melahirkan anak kembar lelaki, awal pagi tadi! Comel sungguh the boys…

Kedua bayi itu selama dilahirkan Pusat Perubatan Prince Court. Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sejam lalu, Zizie, 39, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata beliau menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya hari ini, tetapi proses kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan sehari lebih awal.

“Seorang ibu yang menyambut hari jadinya bersama dua hadiah yang datang lebih awal! Mommy menjangkakan mereka akan dilahirkan hari ini, tetapi masing-masing hadir secara kejutan menerusi pembedahan, semalam, Jumaat, 29 Disember pada 5.48 dan 5.50 pagi,” katanya.

“Alhamdulillah, kedua-duanya sihat walafiat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan saya,” katanya sambil memaklumkan berat dua bayinya itu, masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram ketika dilahirkan.

Menerusi gambar yang dikongsinya juga, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad itu tampak jelita di samping kedua-dua cahaya matanya di pangkuan. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Zizie yang sudah lama . menantikan detik cukup bermakna itu Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia 11 bulan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023
Featured Mon, 11 Aug 2025

“Saya Dah Buat Apa Yang Patut, Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin

Nora menjelaskan, suaminya itu masih mahu mempertahakan rumah tangga mereka.

#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Thu, 23 Mar 2023

Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Hmm macam macam laa. Apapun min doakan semoga segala urusan dipermudahkan ya ❤️

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Thu, 15 Jun 2023
error: Content is protected !!