Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 7, 2024 @ 8:11pm

“Bila Kurus, Orang Cakap Sakit, Ambil Barang Terl*rang” – Nadeera Amalkan Jogging Untuk Turunkan Berat Badan

Muncul dengan penampilan yang lebih langsing, penyanyi Nadeera menafikan dakwaan dirinya sakit atau mengambil bahan terlarang.

Menurut pelantun lagu Emas itu, dia mengamalkan larian serta menjaga pemakanan untuk menurunkan berat badan.

“Alhamdulillah, sekarang berat badan saya 43 kilogram. Sejujurnya, saya memang tidak ambil apa-apa makanan tambahan atau bahan terlarang, saya berjaya menurunkan berat badan kerana berlari dan menjaga makan. Bila saya kurus, orang cakap sakit dan ambil barang terlarang, tapi sebenarnya tidak.

“Kalau ikutkan, saya tak turunkan banyak sangat pun berat badan. Saya mudah nampak berisi kerana ketinggian saya. Tinggi saya hanyalah 145 sentimeter. Jadi jika saya berisi, mesti penampilan nampak tak okay.

“Sebelum ini, berat badan badan dahulu 46 kilogram dan Alhamdulillah, saya berjaya mengurangnya tiga kilogram,” katanya kepada XTRA.

Penyanyi yang sedang meledak dengan lagu Bukan Lagi Kita ini mendedahkan dia mengambil masa tiga bulan untuk mendapatkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian.

Tidak dapat menutup mulut warganet, Nadeera turut menerima komen yang tidak sepatutnya sebelum dan selepas menurunkan berat badan.

“Saya ambil masa dalam tiga bulan untuk turunkan berat. Sehingga kini, saya masih menjaga pemakanan. Tapi dalam satu minggu, mesti ada sehari ‘cheat day’.

“Kurus ke, berisi ke, tetap akan ada yang kecam dan saya tak boleh puaskan hati semua orang. Jika dahulu, orang cakap saya tak cantik dan samakan muka dengan binatang. Itu yang buat saya nak sangat kurus. Bila dah kurus pun, ada yang cakap benda tak menyeronokkan seperti sakit dan ambil bahan terlarang,” jelasnya.

Nadeera ditemui di sidang media Futureland Festival di Mid Valley, sebentar tadi.

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini bersama Wani Kayrie dan Nadeera akan menyertai pentas Futureland Festival pada 23 November ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Mereka bakal menyertai barisan artis berkaliber Malaysia seperti Hujan, Bunkface, MASDO, Ayda Jebat, Syamel, TUJU, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Leee, Rizal Rasid, Empty Page, FUGŌ dan ramai lagi dalam festival muzik hebat ini.

Selain itu, penyanyi yang baru ditabalkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36), Aina Abdul bakal membuat penampilan sulung di Futureland Festival.

Festival ini juga membuat kejutan dengan menampilkan sensasi viral, Fadhilah Intan yang popular dengan lagu Dawai. Dia akan membuat penampilan sulung dengan lagu terbaru, Alkisah Jiwa yang juga kerjasamanya dengan Amsyar Leee.

Dengan harga RM75 untuk kemasukan umum dan RM120 untuk Rock Zone, dapatkan tiket Futureland Festival di laman web www.ticketmelon.com/warnermusicmalaysia/futureland2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Jan 2022

2 Tahun PKP, Anak Nora Danish Tak Mahu Berenggang

Pelakon jelita Nora Danish mendedahkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim, 4, tidak mahu berenggang terlalu lama dengan dirinya. Menurut Nora, dia kini terpaksa menolak tawaran lakonan yang memerlukan komitmen panjang. “Mungkin kerana sudah dua tahun […]

Featured Thu, 10 Jul 2025

Rumah Dijadikan ‘Sarang’ Pelac*ran, Aliff Syukri & Isteri Spill Kisah Sebenar – “Dia Tuntut Nak Kahwin Dengan Papa”

Jelasnya, rumah persinggahan yang dulunya lengkap dengan peralatan dapur dan penghawa dingin kini sudah kosong.

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Hilang Upaya Kawal Otot, Kesihatan Celine Dion Makin Merosot

Semoga Celine Dion cepat sihat! Nanti boleh beraksi di pentas semula…

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

‘If We Are Getting Old’, Hadiah Shila Untuk Suami

Lebih menarik, majlis resepsi ini turut memberi kejutan buat Shila dengan persembahan oleh kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu buat pasangan pengantin!

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Fazley, Azrene Naik Pelamin 27 November Ini

Pasangan kekal yang sudah 13 tahun berkahwin ini bakal diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi santai. Terbaiklah!

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
error: Content is protected !!