Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 27, 2023 @ 3:33pm

[VIDEO] Dedah Amalan Murah Rezeki Dengan Baca Bismillah 787 Kali, Netizen Kritik Ibu Neelofa

Nama usahawan dan pempengaruh Datin Noor Kartini Noor Mohamed hangat menjadi perbualan di Twitter selepas tular sebuah video memaparkan ibu kepada selebriti Neelofa itu berkongsi tip mengenai amalannya untuk meraih rezeki melimpah ruah dari Sang Pencipta.

Video tersebut dirakam ketika mereka sedang mengerjakan Umrah baru-baru ini menunjukkan Kartini sedang membuat perkongsian mengenai amalannya membaca Bismillahirahamirrahim sebanyak 787 kali.

“Boleh baca bahagikan 100 pagi, 100 petang, tapi kalau berterusan dalam 15 minit siap 787 kali. Ada yang tanya kenapa 787 kali, mama (panggilannya) bertanya kepada Baba Aziz.

“Katanya ‘Allah suka ganjil’, jadi perlu tambah satu. Banyak yang Mama share pasal kebaikan membaca Bismillahirahamirrahim sebanyak 787 kali ramai yang bagi tahu Mama kehidupan mereka lebih baik.

“Tapi apapun yang paling penting segala amalan perlu yakin dengan Allah SWT. Kalau rasa was-was tak boleh la,” katanya lagi.

Pendedahannya mengenai amalan yang dilakukan itu menerima pelbagai reaksi negatif dari segelintir pihak sehingga video tersebut tular.

Menerusi ruangan Twitter, terdapat segelintir netizen yang menegur Kartini atas petua dan amalannya itu yang dianggap akan mengelirukan orang ramai.

“Hentikan petua selebriti. Zikir, doa dan ibadah telah secara terusan diajar oleh Nabi SAW. Penepatan pulang basmalah 787 itu sendiri sangat bermasalah. Dalam hadith sahih ajar istighfar yang ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dalam nas?” soal individu berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada respons daripada pihak ibu Neelofa sendiri berhubung dakwaan berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Feb 2026

Insomniacks, Yonnyboii Pecah Zon Selesa Menerusi ‘Bersuara’

‘Bersuara’ merupakan kisah tentang menyuarakan perasaan dan mempertahankan harga diri

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Bibir Seksi Izara Aishah ‘Palsu’ Rupanya?

Izara Aishah antara top 5 wanita cantik kat hati min. Hehe

Trending Sat, 30 Jan 2021

Isma Sane Kongsi Pengalaman Sebenar Bercinta

Ramai yang tulis lagu berdasarkan pengalaman sendiri..

Featured Sun, 20 Nov 2022

“Terima Kasih Sabak Bernam” – Eizlan Yusof

Terima Kasih Datuk Seri Eizlan Yusof

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Suara Dikritik Macam Tercekik Sudu, Ezuwan Ismail Terasa Hati?

Betulke Ezuwan sentap dengan kenyataan seorang pelakon terkenal sebelum ini?

Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Isu Cerai Diungkit Semula, Jawapan Ringkas Que Haidar Buat Ramai Terkedu

Que Haidar kekal tenang dan tidak cepat melatah

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

“Sebelum Buat Persembahan Mesti 10 Kali Ulang-Alik Tandas!” – Aisha Retno ‘Cacing Kepanasan’, Berdebar Bakal Sepentas Dengan Siti Nurhaliza

pelantun lagu Jodoh Lebaran itu turut mencuit perhatian apabila menggambarkan perasaannya seperti ‘cacing kepanasan’ menjelang hari persembahan

error: Content is protected !!