Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 30, 2021 @ 3:49pm

Isma Sane Kongsi Pengalaman Sebenar Bercinta

Penyanyi yang dikenali dengan lagu ‘Derita’ dan ‘Kembali’, Isma Sane kini muncul dengan karya ketiganya yang berjudul Sepi.


Sepi secara keseluruhanya memaparkan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh Isma, ditinggalkan dan memilih sahabat karibnya sendiri sebagai pengganti dan penyanyi itu memilih untuk menyepi.


Digarap sebaiknya oleh Isma, bait lirik serta susunan muzik yang sesuai bakal membuatkan para pendengar ralit serta mendalami setiap lirik serta melodinya.


Manakala dalam susunan plot cerita di dalam muzik video Sepi adalah secara sinematik mengisahkan tentang perhubungan yang terlarang diantara dua alam.

“Lagu Sepi adalah berkisahkan tentang pengalaman percintaan saya sewaktu zaman belajar. Saya mencipta lagu Sepi pada 2019 dan waktu itu masih belajar. Proses rakaman vokal lagu sepi memakan masa dua hari,” kata Isma.

Sepi sudah boleh didengari di saluran YouTube BeeGood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2024

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Semoga Allah beri kekuatan kepada Datuk Red dan bekas isteri pertamanya ❤️

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]

Featured Thu, 20 Jul 2023

“Bergenang Air Mata, Very Inspiring!” – Ramai Tersentuh, Alif Satar Kongsi Cabaran & Perjalanan Tunai Haji

Masya-Allah, perkongsian yang sangat padat dengan pengajaran. Sebak min dengar!😥

Trending Wed, 2 Jan 2019

Mahathir Dinobatkan ‘Muslim Man Of The Year’, Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai ‘Muslim Man of the Year’ dalam buku The Muslim 500 yang menyenaraikan 500 individu muslim berpengaruh di dunia setiap tahun.

Featured Tue, 8 Jun 2021

“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti […]

error: Content is protected !!