Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin November 10, 2024 @ 10:07am

Siti Saleha Mengaku Sudah Bertunang Dengan Pereka Fesyen Ternama

Pelakon jelita, Siti Saleha mengaku sudah bertunang dengan kekasih hatinya, Joshua Fitton.

Berita gembira itu diumumkan Saleha ketika menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week pada Sabtu.

Ketika disoal mengenai pencapaian pasangan ini sepanjang tahun 2024, aktres itu berkata, segalanya berjalan dengan baik sebelum memaklumkan bahawa dia dan pereka ternama itu telahpun bertunang.

“It was great. And we ready to announce. We engaged,” katanya ringkas.

Menerusi perkongsian video pendek yang tular di TikTok, Saleha tampil menggayakan gaun pendek berona putih, manakala Joshua pula kelihatan ringkas mengenakan kemeja dan jaket berwarna hitam.

Difahamkan, Siti Saleha dan pereka fesyen ternama itu telah menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun yang lalu.

Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 namun berpisah selepas 4 tahun bergelar suami isteri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Tue, 5 Dec 2017

5 VIDEO KELAKAR ABAD INI

Kalau di Malaysia korang selalu layan video-video viral pasal artis yang selalu berbalas tweet mahupun retweet, kali ini kami di xtra akan tampilkan beberapa video dari beberapa buah negara yang boleh dikatakan viral jugak lah.  Walaupun usia video tersebut sudah beberapa tahun di muat naik dilaman youtube tetapi masih lagi mendapat sambutan.

Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

“Level Kita Tak Sama!” – Beby Maembong Pilih Berdiam Diri, Ikut Nasihat Peguam

Beby Maembong menegaskan tindakannya memilih untuk berdiam diri bukanlah kerana mengelak

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
error: Content is protected !!