Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2024 @ 1:06pm

Juri Gagal Tahan Sebak, Peserta Uji Bakat Calpis Soda OIAM Ini Tanam Hasrat Mahu Hadiahkan Ibu Kaki Palsu

Kehadiran peserta ujibakat bagi program nyanyian terbesar, Calpis Soda One In A Million (OIAM) ini ternyata mencuri perhatian juri.

Mana tidaknya, pemuda berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Syamsyul Anuar Ismail yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini meluahkan hasratnya untuk memberikan hadiah berupa kaki palsu buat ibunya sekiranya berjaya memenangi hadiah bernilai RM1 juta.

Kata Syamsul yang juga bekas peserta Mentor musim kelima ini, dia tidak berputus asa mencari rezeki dan mencari peluang untuk menghadiahkan kaki palsu agar ibunya dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

“Hasrat saya adalah untuk mengubah hidup insan syurga ini, memberikan beliau kebahagiaan dan keselesaan yang selayaknya, kerana bagi saya, pengorbanan beliau selama ini tiada tandingannya.

“Kaki palsu itu bernilai hingga RM20,000. Saya sudah membuat kajian dan mendapati ini adalah pilihan yang terbaik dari segi kualiti untuk ibu saya. Dengan sokongan kaki palsu ini, saya berharap dapat membantu beliau berjalan kembali dengan lebih selesa dan yakin. Ini bukan sekadar alat bantu, tetapi satu usaha untuk memulihkan kebebasan ibu saya, membolehkan beliau menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas segala pengorbanan yang dilalui,” katanya.

Mengulas lanjut, Syamsul juga memaklumkan, sebelum ini dia pernah berazam untuk menyertai program  Mentor Legend.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan pehanya patah sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah dan Pulang Pinang untuk mencuba nasib merebut hadiah RM1 juta Calpis Soda OIAM!

Cepat-cepat hadir ke uji bakat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, hari ini (10 November).

Tak berkesempatan? Hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 dan 17 November 2024 (Sabtu dan Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Aug 2023

Kelakarnya! Terpegun Tengok Beza Ketinggian Hael Husaini & Nadhir Nasar, Netizen Komen: “Budak Sekarang Banyak Makan Hati Bang!”

Penyanyi popular, Hael Husaini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi akaun TikTok miliknya ketika hadir pada majlis fesyen jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga baru-baru ini. Menerusi perkongsian tersebut, Hael kelihatan berjabat tangan bersama pelakon […]

Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Mon, 24 Feb 2025
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

《金曲奖》客家歌手黄连煜来马一连2天开唱!

把客家歌曲带入主流音乐市场的台湾客家歌手黄连煜定档8月31日及9月1日,连续两天在吉隆坡和槟城深情开唱,要让大马歌迷感受黄连煜的客家创作音乐魅力。

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

导演林孝谦和编剧吕安弦「突击」戏院送花和巧克力

《比悲伤更悲伤的故事》导演林孝谦和编剧吕安弦「突击」戏院送花和巧克力!暖举感动观众高呼惊喜~

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

‘Lepaskan Syarikat Bukan Sebab Selisih Faham’- Dafi

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri memaklumkan dia mahu menceburi bidang perniagaan yang tidak berkait dengan dunia hiburan.

Kisah Viral Sun, 4 Jan 2026

Didakwa ‘Pasar Malam T20’, Havoc Food Festival Buka Mulut Isu Harga Makanan Mahal

Betul ke harga makanan di festival makanan ala-ala T20?

Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Wed, 24 Sep 2025
error: Content is protected !!