Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 11, 2024 @ 5:01pm

Pelakon Wanita Popular Didakwa Enggan Bayar Hutang Akhirnya Tampil Beri Respons – “Saya Tak Nak Aibkan Sesiapa”

Susulan dakwaan seorang pelakon wanita popular yang dikatakan enggan membayar hutangnya sebanyak RM208,000 kepada bekas adik  iparnya, Ziela Rashid, Melodi akhirnya tampil mendapatkan respons aktres tersebut.

Menerusi perkongsian video temu bual program Melodi di TikTok,  pelakon wanita terbabit dikatakan enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, dia tidak mahu mendedahkan aib mana-mana pihak berhubung isu yang timbul.

“No komen dan saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon wanita terbabit juga tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum.

@melodiberapi Enggan ditemubual, pelakon ini mohon ruang untuknya & tidak mahu membuka aib mana-mana pihak! #meloditv3 #panas #sensasi #isuhangat ♬ original sound – Melodi tv3

Terdahulu, Ziela tampil mendedahkan bahawa aktres popular itu baru sahaja memenangi anugerah di sebuah majlis  berprestij yang diadakan baru-baru ini.

Enggan melunaskan hutangnya sebanyak RM208,745.59 termasuklah telahpun di isytihar muflis oleh pihak Mahkamah,  Ziela bagaimanapun tidak menyangka bahawa bekas kakak iparnya itu sanggup melarikan diri dek kerana tidak mahu membayar hutang mereka.

Justeru, dia berharap agar aktres itu tampil dan berbincang secara empat mata termasuklah membayar hutang tersebut dalam tempoh masa terdekat.

@melodiberapi Siapakah pelakon wanita yang baru sahaja memenangi Anugerah di Acara berprestij baru-baru ini yang berhutang ratusan ribu ringgit.??? #meloditv3 ♬ original sound – Melodi tv3

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

Pelakon Harry Potter Bakal Reunion Dalam Tayangan Istimewa Ulang Tahun Ke-20 Harry Potter: Return To Hogwarts

Tayangan khas filem Harry Potter iaitu Return To Hogwarts bersempena dengan ulang tahun ke-20 filem itu telah diumumkan secara rasmi pada Rabu. Tayangan istimewa ini merupakan perjumpaan semula karakter-karakter di dalam filem itu yang akan […]

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Senang-Senang Tengok Video Saya” – Syaiful Zero Jawab Tuduhan Kutip Sumbangan Untuk Kegunaan Peribadi

Syaiful Zero menegaskan setiap sumbangan yang diterima disalurkan sepenuhnya bagi tujuan infaq

Hiburan Thu, 14 Nov 2024
LIFESTYLE Wed, 29 Aug 2018

4 Cara Hilangkan Kutu Di Rambut

Apabila kutu mulai bersarang diatas kepala bakal membuatkan anda tidak selesa cuba cara ini untuk menghilangkannya

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Lucu! Gelagat Ain Edruce Marah Soraya Buat Netizen Ketawa – “Masuk Balik Dalam Perut!”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Soraya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan pengacara itu sedang menyoal anak perempuan itu sama ada dia menyayangi Ain atau bapanya, Amirul Hafiz. […]

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Permata Hati Azrinaz

Hari gembira buat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid apabila dianugerahkan seorang ‘puteri’ pada hari Ahad, 15 September jam 10.20 pagi, 13 hari sebelum harijadi Azrinaz yang ke 40. […]

Hiburan Sun, 2 Dec 2018
error: Content is protected !!