Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 12, 2024 @ 4:40pm

“Do Not Settle For Less” – Fazura Kongsi Video Motivasi Buat Golongan Wanita 

Pelakon dan penyanyi, Fazura seakan meluahkan rasa hatinya apabila berkongsi video kata-kata semangat khas buat golongan wanita.

Menerusi hantaran berkenaan, seseorang itu perlu dilayan dengan baik dan penuh rasa hormat sesuai dengan apa yang telah diberikannya.

Ini termasuklah, tidak membiarkan orang lain menganggap diri terlalu ‘tamak’ dalam sebuah perhubungan.

“Anda layak mendapatkan seseorang yang mampu melihat kebaikan anda termasuklah melayan dan memberikan rasa hormatnya seperti mana yang anda lakukan.

“Jangan biarkan orang lain menganggap anda mahu mendapatkan yang ‘lebih’. So, having a big heart does not mean settling for less,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Sekadar berkongsi video motivasi tersebut, aktres filem Gol Dan Gincu ini juga turut menitipkan pesanan itu kepada peminat yang telah menghantar mesej langsung (DM) kepadanya.

“Listen dear sisters in my DM’s. Do not settle for less. I love you,” kongsinya.

 

Terdahulu, Fazura dilaporkan telah mendapat hak penjagaan anak, Nur Fatima Aisya, 4.

Peguam mewakili pelakon, Fattah Amin iaitu Puan Syamimi Ab Rahman memaklumkan, Fattah dan Fazura bersetuju dengan segala terma yang telah ditetapkan.

Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober lalu selepas aktres itu memfailkan perceraian pada 13 September 2024.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Penyanyi Pelamin Anganku Musnah Bakal Bikin Comeback?

Azie ditemui ketika menjadi artis jemputan menerusi Showcase Muzik-Muzik 33 yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini memaklumkan dia tidak hilang dari ‘radar’ dan masih aktif membuat persembahan di Sarawak.

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Penyampai Berita Persis Neelofa Ini Tepis Gosip Cintanya Dengan Tiga Selebriti?

so, nak masuk tahun 2020 ni jangan buat spekulasi lagi okay!

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
error: Content is protected !!