Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 13, 2024 @ 2:04pm

Tak Alami Alahan Teruk, Maryam Durian Kimchi Suka Makan Nasi Kandar – “Sebelum Ni Saya Tak Suka Makan Kari”

Personaliti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi mempunayi sebab kenapa sebelum ini dia merahsiakan berita kehamilannya.

Kata Maryam, dia bertindak sedemikian memandangkan sebelum ini dia pernah mengalami keguguran.

Malah, dia takut untuk memaklumkan kepada umum di fasa awal kehamilannya itu.

“Saya pernah keguguran jadi saya takut nak beritahu awal-awal.

“Dan, diawal kehamilan saya mengalami pendarahan, itu yang membuatkan saya lebih berhati-hati sehinggalah doktor maklumkan semuanya sihat baru saya kongsi dengan semua,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

 

Dalam pada itu, Maryam juga memaklumkan kandungannya kini sudah mencecah usia 7 bulan.

“Sekarang ni usia kandungan sudah 7 bulan dan dijangka akan melahirkan pada Februari nanti.

“Mungkin ulang tahun saya dan anak kedua sama,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Maryam berkata, sepanjang kehamilannya ini, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sebaliknya gemar makan nasi kandar dan nasi kukus.

“Kali ini alahan saya tidak teruk dalam tempoh tiga bulan sudah hilang.

“Cuma masa hamil ni saya suka makan nasi kandar dan nasi kukus. Sebelum ni saya tak suka makan kari.

“Lagi satu, itu semua makanan kegemaran Ryzal… tapi bila mengandung ni saya pula yang suka makan,” jelasnya.

Pada Mei 2023, Maryam pernah mengalami keguguran pada ketika usia kandungan mencecah tiga minggu.

Bagiamanapun, pada 2 November lalu,  Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim berkongsi berita gembira kepada umum apabila memaklumkan dia kini sedang berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

 

Sekadar info, Maryam memeluk Islam pada 11 Julai 2019 lalu mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos tahun sama.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina, 3.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Usaha Berdamai dengan Anak Tiri Gagal, Nora Ariffin Dakwa Reputasi Terjejas

Nora Ariffin dakwa Anak tiri abai tuntutan usaha nak perbaiki masalah

Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Kumpulan BTS Kalahkan Ariana Grande Di Twitter?

WOW! BTS turut mengalahkan beberapa akaun Twitter milik selebriti popular antarabangsa, rapper Kanye West, @KanyeWest, yang berada di tempat kedua.

Trending Tue, 21 May 2019

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Trending Thu, 25 Jun 2020
Events Fri, 10 Jan 2020
error: Content is protected !!