Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 14, 2024 @ 6:10pm

Watie Hanifiah Puasa Sunat, Harap Allah Permudahkan Urusan Mahkamah Shuib – “Terima Kasih Selalu Ada…”

Pelawak, Shuib meluahkan rasa terharu apabila isteri kesayangannya, Watie Hanifiah sanggup berpuasa sunat dengan harapan agar urusan kes mahkamah berkaitan syarikatnya, Bubblebee Sdn Bhd dipermudahkan.

Menerusi perkongsian di Instagran, Shuib memuat naik foto bersama Watie yang menemaninya ke mahkamah bagi kes berhubung dakwaan gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.6 juta.

“Alhamdulillah, ada peneman hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan, tapi pasti ianya satu pelajaran dan juga ujian dalam kehidupan.

“Hari ini, mummy (Watie) puasa sunat katanya, bila ditanya ‘eh kenapa puasa sunat, diet ke?’. Mummy jawab, ‘taklah, puasa sunat nak minta kat Allah semoga dipermudahkan urusan suami saya hari ini’. Aamin Ya Rabballamin. Terima kasih selalu ada dengan daddy, i love you,” tulisnya.

Pada Khamis, Shuib didakwa atas enam pertuduhan iaitu gagal membayar cukai perkhidmatan termasuklah penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.

Pengarah bersama, Koh Choon Guan, 33, dan syarikat mereka, Bubblebee Sdn Bhd turut didakwa masing-masing atas enam pertuduhan sama.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib dan Koh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Difahamkan, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Terdahulu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan, 33, didenda RM17,500 selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman Perkeso, tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta… Shuib, Pengarah Bubblebee Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan

Artikel Berkaitan: Shuib Tepis Dakwaan Pergi Umrah Guna Duit Perkeso – “Fitnah Luar Biasa Ni”

Artikel Berkaitan: Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja

Artikel Berkaitan: Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Trending Sun, 7 Jun 2020
#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Hiburan Mon, 11 May 2026

Shila Amzah Akui Minat Fauziah Latiff Sejak Kecil, Terkilan Tarikh Konsert Bertembung – “Saya Tahu Hampir 90 Peratus Diskografi Beliau”

Shila turut berterima kasih kepada Fauziah kerana menjadi antara penyanyi yang banyak mencorakkan memori zaman kanak-kanaknya.

Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Trending Mon, 9 Apr 2018

Wow! Nenek 97 Tahun Masuk Acara Angkat Berat

Terdahulu, beliau merupakan seorang bekas guru tarian yang amat meminati sukan. Segalanya bermula sejak beliau berkunjung ke sebuah gimnasium Akademi Bill Beekley di sini bersama rakannya.

Events Tue, 25 Jun 2019

Hael Husaini Salah Buat Pilihan?

Janganlah sedih okay Hael! Next time, cuba lagi

error: Content is protected !!