Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2024 @ 4:41pm

Jalani Fasa Pemulihan, Azira Shafinaz Rehat Sepanjang Julai

Mengalami masalah kesihatan, pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mengambil keputusan berehat sepanjang Julai ini.

Menurut anggota kumpulan trio De Fam ini, dia menjalani fasa pemulihan selama sebulan sebelum memulakan penggambaran pada Ogos depan.

“Buat masa ini, saya memang sedang berehat secukupnya. Saya tidak ambil sebarang tawaran sehingga Ogos depan.

“Sekarang juga boleh saya katakan sebagai fasa pemulihan untuk saya. Saya memang sudah terlalu banyak bekerja, menjalani penggambaran dan menyertai pertandingan realiti nyanyian bersama De Fam,” katanya.

Sudah merasakan dirinya ‘terlebih’ bekerja, Azira mendedahkan dia pernah melalui fasa sangat penat.

“Saya rasa sudah terlebih bekerja. Setiap hari saya melalui rasa penat, kadang-kadang bila sudah rumah pun badan saya masih terasa letih.

“Namun, sebagai anak seni, inilah yang saya perlu lalui. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah pastikan diri sentiasa sihat dengan mengambil makanan tambahan.

“Kalau boleh saya mahu teruskan rutin harian seperti biasa, tak mahu orang lihat diri saya sedang sakit. Jadi, saya ambil keputusan untuk rehat,” katanya.

Azira ditemui di majlis pelancaran drama Nafsu yang bersiaran di Viu, baru-baru ini.

Membawakan watak Dina, Azira bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Aqasha, Kamal Adli, Nia Atasha, Khayrisyah Kemal dan ramai lagi.

“Penggambaran untuk drama Nafsu ini sangat menyeronokkan dan mengambil masa antara Disember tahun lalu sehingga Februari lepas.

“Saya memegang watak doktor bernama Dina, bekas kekasih Sam lakonan Kamal Adli. Dina meminta pertolongan Sam untuk mencari adiknya yang hilang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Aug 2020
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Ditahan Di Wad, Amyra Rosli Nafi Sedang Hamil

Kami di XTRA mendoakan agar Myra cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti biasa semula!

Trending Mon, 23 Aug 2021
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Kemelut UNIC, Tarik diri sebab Bazli

Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Trending Thu, 13 Aug 2020

Maybank Kini Sediakan Tiga Pilihan Bantuan, Cara Mohon Lanjutan Moratorium

Jom tengok macam mana nak mohon menerusi Maybank

error: Content is protected !!