Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 16, 2024 @ 12:15pm

Ernie Zakri Kecewa ‘Belakang Tabir’ Milik Syamel Gagal Mara Ke AJL 39 – “Kita Kehilangan Satu Lagu Bagus…”

Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa apabila lagu suaminya, Syamel berjudul Belakang Tabir tidak berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.

Menerusi luahan hati di platform media sosial, Ernie berkata kegagalan itu bagaikan satu kehilangan dalam industri muzik.

“Belakang Tabir, dia (Syamel) tulis lagi itu untuk saya. Sayang, kita kehilangan satu lagu yang bagus. Saya bukan nak jadi ‘bias’, hanya menyatakan fakta,” tulisnya di X.

Meskipun begitu, Ernie dalam satu perkongsian di Instagram pula berkongsi sebuah foto berpelukan dengan Syamel ketika di malam pertama program Semi Final Muzik Muzik (SFMM) ke-39 pada Khamis lalu.

Pelantun lagu popular Masing Masing ini menitipkan sokongan dan berbangga dengan suaminya atas dedikasi yang diberikan sepanjang bergelar anak seni.

“Sometimes, the journey matters more than the destination. Your dedication, talent, and passion inspire me every day. This is just the beginning of your incredible story. Proud of you always,” katanya.

@tv3malaysia

Belakang Tabir – @syamel_official 🔥 Saksikan Muzik Muzik 39 Separuh Akhir, 14 & 15 November, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton. Mulai 10-15 November, korang boleh menang Smart TV & tiket AJL tau! Nantikan.. #SFMM39 #RoadToAJL39

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Bagaimanapun, Ernie mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas kejayaan lagu Aura yang berjaya mara ke pentas berprestij AJL 39.

Selain Aura, 9 lagu lain yang akan bertanding di malam AJL 39 termasuklah Puas Sudah (Aina Abdul), Bukan Lagi Kita (Nadeera), Hening Rindu (Marsha Milan), Saksama (Akim & The Majistret), Diam (Hael Husaini), Riziko (MK K-Clique, Tuju & Benzoloo), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Pujaanku (Masdo ft Aishah Aziz), dan Sengaja (Amir Masdi).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Jan 2025

“Pendidikan S*ks Seharusnya Dimulakan Sejak Usia Muda” – Jefri Nichol

Pendidikan seks tidak seharusnya dianggap sebagai satu perkara baru dalam masyarakat.

Hiburan Tue, 18 Nov 2025
Hiburan Wed, 23 Oct 2019
Featured Wed, 11 Mar 2026

“Jangan Melampaui Batas, Selagi Saya Boleh Diam, Saya Diam”- Jazmy Juma Perjelas Dakwaan Cepat Melenting

Jazmy Juma menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pemarah atau cepat melenting apabila ditegur susulan tindakannya meminta peminat untuk tidak selalu bertanyakan mengenai hal peribadinya.

Hiburan Mon, 9 Feb 2026

Lan Pet Pet Akhirnya Bersemuka & Mohon Maaf Sampai Hujung Kaki, Fazura Tenang Memaafkan – “Kosong-Kosong, Janji Ikhlas”

Fazura kekal tenang dan berhati mulia memaafkan Lan sekali gus bersedia untuk bekerjasama secara professional

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Zayn Malik Putus Cinta Lagi?

Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak, bekas anggota kumpulan One Direction ini dikatakan tidak lagi mengikut bekas teman wanitanya di Instagram.

Events Wed, 10 Apr 2019

Nur’s Capabilities and Success Shows by Taking Home Six Awards at DFKL 2019!

A good quality drama deserves this kind of recognition, congratulations!

Hiburan Sun, 30 Sep 2018

Hamil Anak Keempat, Nourul Wahab Mengidam Kuih Tradisional

Dalam perkembangan lain, Nourul bakal terbang ke Paris November depan bagi urusan pengedaran album berbahasa Perancisnya, Humaine. Good Luck Kak Nourul!

error: Content is protected !!