Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 16, 2024 @ 4:30pm

Tokoh Muzik Terkenal S Atan Meninggal Dunia

Tokoh muzik terkenal, Datuk S Atan atau nama sebenar, Hashim Said, 75, meninggal dunia akibat jangkitan kuman paru-paru di rumahnya di Kajang pada jam 3.23 petang tadi.

Berita pemergian S Atan disahkan isterinya, Datin Norizan Yeob.

“Ya, suami saya sudah tiada. Cuma saya belum dapat beri sebarang maklumat kerana masih menunggu pihak berkaitan untuk mengesahkan terlebih dahulu.

“Suami saya meninggal dunia di rumah,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, menantu Allahyarham S Atan, iaitu Shazana Darawin berkata, arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang di kediamannya di Bukit Kajang Baru, pada jam 3.23 petang tadi.

“Arwah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Buat masa ini, jenazah masih di rumah dan urusan mandi, kapan, solat dan pengebumian akan dimaklumkan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan,” katanya kepada BH Online.

Pada 16 September lalu, S Atan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, di sini, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Sebelum ini, S Atan pernah dimasukkan ke hospital pada 2006 kerana menghidap angin ahmar.

Pada Februari 2019, komposer yang banyak menghasilkan lagu raya malar segar itu sekali lagi menerima rawatan di hospital akibat masalah buah pinggang.

S Atan sudah lebih empat dekad terbabit dalam bidang muzik dan sudah menghasilkan lebih 1,000 lagu hits nyanyian penyanyi popular seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Sheila Majid, Jay Jay dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro & BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

ASYIK STORYLINE SAMA JE, BOSAN! BETO KUSYAIRY BENGANG

Lumrah, apabila ramai peminat cerita dan filem melayu semakin beralih arah kepada cerita-cerita luar negara yang agak luas konteks pemikirannya jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan

Selebriti Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Izzmad Harun Tak Kisah Digelar ‘Wajah Charity’

Busking Permata Kasih Untukmu bakal diadakan pada 7 Disember ini bertempat di BMC Mall, Cheras bagi memungut dana membantu adik Akif yang menghidap kanser Leukimia.

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Fri, 15 Nov 2024

Menghitung Detik 10 Hari Perkahwinan, Ramai Tak Sabar Tunggu Momen Bahagia Nina Ismail Sabri

Dalam hantaran sama, Nina turut berkongsi tanda pagar #Fromkawantokahwin dan #HafizxNina.

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Ada Yang Kata Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Erma Fatima Nafi Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Trending Wed, 14 Jul 2021
Hiburan Mon, 18 Mar 2024

Demi Perbaiki Diri, Syafi Tee Bersendirian Selama 6 Bulan… Akui Tak Minat Berkawan

Kira dalam fasa healing sorang sorang lah ni kan ☺️

error: Content is protected !!