Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 18, 2024 @ 5:39pm

Famili Duo 4: Shiha & Ieda Zikir Runtun Jiwa, Jadi Juara Minggu Ke-4! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Persaingan Famili Duo 4 menyaksikan pasangan adik beradik, Shiha Zikir dan Ieda Zikir yang membawa lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti nyanyian asal Tan Sri P Ramlee mendahului pertandingan dengan meraih 64.07 peratus markah di minggu keempat yang bertemakan idola / legenda.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton menerusi portal Tonton, Shiha dan Ieda yang meruntun jiwa penonton berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Tomok dan Sharul Kamal yang menyampaikan lagu Hore Hore & Salam Terakhir, nyanyian asal Datuk Sudirman meraih markah sebanyak 63.67 peratus.

Membawakan lagu medley Aku Bidadari Syurgamu, Air Mata Ibu & Untukmu Ibu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza & Exists, Ayie Elham (Floor 88) dan Salma Asis meraih tempat di tangga ketiga dengan markah sebanyak 61.68 peratus.

Berikut merupakan kedudukan dan markah penuh enam peserta Famili Duo 4 di minggu keempat:

1. Shiha Zikir & Ieda Zikir – Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Tan Sri P. Ramlee) 64.07%
2. Tomok & Sharul Kamal – Hore Hore & Salam Terakhir (Datuk Sudirman) 63.67%
3. Ayie Elham & Salma Asis – Aku Bidadari Syurgamu, Air Mata Ibu & Untukmu Ibu (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Exists) 61.68%
4. Naqiu & Joey Daud – Chow Kit Road & Apokalips (Datuk Sudirman & Datuk M. Nasir) 55.07%
5. Zahid & Anne – Suatu Masa & Terlalu Istimewa (Datuk M. Nasir & Adibah Noor) 53.35%
6. Didi Astillah & Thamiera Chan – Sepi Sekuntum Mawar Merah & Jahat (Ella & Stacy) 50.15%

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 26 Nov 2019

Penerbit Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terbitkan Sara Sajeeda

Banyak sangat masalah tapi tengoklah result dia kan? Tahniah kepada semua!

Events Fri, 22 Mar 2019

Catch Dua Lipa, Hael Hussaini and Ismail Izzani at Lazada’s 7th Birthday Celebration

Everyone’s invited! Check out how you can join in on the fun.

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Lepas Beri Bunga, Ara Johari PAKU Peminat Pula

Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Featured Mon, 15 Sep 2025
Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

难忘《夏日麼麼茶》任贤齐演唱会找阿牛当嘉宾!

任贤齐时隔一年将再度回归云顶开唱,而这次将邀请好友阿牛(陈庆祥)当嘉宾,给大马歌迷带来一波「满满回忆杀」!

error: Content is protected !!