Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 19, 2024 @ 7:00pm

Pernah Lari Dari Keluarga, Sharif Dedah Atu Zero Jadi Gelandangan… Hampir Terbabit Dengan Dadah?

Pelawak, Sharif Zero berkongsi kisah hitam yang terjadi dalam kehidupan adiknya, Atu.

Menerusi podcast Raja Lawak Podcast, Sharif berkata Atu pernah lari dari kampung ke Kuala Lumpur sehingga menjadi gelandangan.

“Dulu aku tengok Atu macam tiada harapan (untuk berjaya). Atu pernah lari ke KL, jadi gelandangan dalam dua atau tiga hari.

“Dia pergi KL sebab ikut ejen. Di KL dia kerja sebagai pengawal pondok (guard) tapi tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Ada juga kerja lain dia buat.

“Arwah bapa kata tak boleh jadi, arwah minta saya pergi KL ambil Atu bawa balik kampung semula. Arwah dengan ibu minta pujuk Atu supaya balik semula ke Sabah,” katanya.

Keadaan menjadi lebih tragis apabila Sharif mengatakan Atu hampir terbabit dengan benda terlarang gara-gara tersilap memilih kawan.

“Aku rasa dia merajuk dan lari sebab tak selesa duduk di kampung. Atu jenis orang yang kuat bekerja, tetapi duit yang dia dapat tu tak tahu pergi ke mana.

“Jadi, dia sentiasa rasa tak cukup duit. Sebab itu dia cari kerja di tempat lain yang boleh dapat banyak duit.

“Dia hampir terjerumus dalam dunia dadah, memang hampir. Dia salah pilih kawan dahulu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sharif kini mengacara program nyanyian Famili Duo bersama selebriti, Janna Nick manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Jul 2020
Trending Fri, 11 Jan 2019

KTM Beroperasi Tanpa Henti Selama 4 Hari Sempena Thaipusam

Perkhidmatan tren ulang-alik dari Batu Caves-Sentul-Batu Caves turut disediakan buat penumpang bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Batu Caves.

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Agaknya Kenapa Marsha Sebak Ketika Pelancaran Lagu Bimbang?

Bila dengar lagu Bimbangterus Min boleh imagine mesti drama Nur 2 ni lagi kontroversi

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Wed, 23 Jul 2025
error: Content is protected !!