Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2024 @ 12:30pm

The Next Siti Nurhaliza, Ini Respons Biduanita Negara – “Ramai Penyanyi Yang Layak Untuk Berada Ditahap Terbaik”

Mencipta kejayaan demi kejayaan dengan sikap merendah diri dan adab yang tinggi, pastinya penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga Biduanita Negara sukar dicari ganti.

Namun, sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri hampir 30 tahun, Siti mengaku ramai penyanyi yang layak untuk berada ditahap yang terbaik.

“Ramai sebenarnya yang layak untuk berada di tahap yang terbaik ya.

“Sekarang ni ramai saya tengok artis yang muncul bagus-bagus. Kebanyakan semua belajar teknik menyanyi yang baik, betul kan? Saya tak belajar teknik menyanyi, saya banyak dari pengalaman dan juga apa yang saya rasakan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Menerusi temu bual yang tular di TikTok, Siti berkata, selain belajar  muzik, seseorang artis itu haruslah mempunyai konsistensi perjalanan kerjaya yang betul dek kerana ia membantu menaikkan nama penyanyi itu.

“Tapi yang belajar muzik itu lebih bagus. Sebab apa? Saya tahu bila saya buat persembahan dan sebagainya, kita tahu nota, kita tahu teknik nyanyian yang betul apa semua… cuma, tinggal sekarang ni bagaimana mereka plan kerjaya tu yang penting.

“Sebab nak berada terus dalam industri ni kita perlu ada boleh kata konsistensi perjalanan yang telahpun kita rancang dengan baik. Kalau tak plan A menjadi, kena ada plan B. Perlu ada orang yang membimbing dengan cara yang betul,” ulasnya.

Ketika ditanya siapakah gerangan penyanyi yang boleh digelar sebagai ‘The Next Siti Nurhaliza’, pelantun lagu Percayalah ini menjelaskan ramai penyanyi di Malaysia kini mempunyai kredibiliti yang bagus.

Ini termasuklah, Ernie Zakri, Aina Abdul, Nadeera Zaini, Aisha Retno, Hafiz Suip dan ramai lagi.

“So far yang bagus kalau artis wanita yang sekarang tengah naik kita tak boleh nafikan, Ernie Zakri, Aina Abdul Nadeera Zaini pun bagus betul Mashaa-Allah, Aisha Retno tu semua yang teknik power power Mashaa-Allah. Saya akui. Apa lagi saya tertinggal, kalau ikutkan penyanyi yang bagus juga ada sama banyak, Adira pun.

“Kalau penyanyi lelaki, Amir Masdi, Hael Husaini Hafiz Suip, memang ramai penyanyi yang bagus-bagus, tinggal lagi macam yang saya katakan tadi plan kena betul-betul.

“Kalau tak plan kerjaya dengan baik, itu yang akan kadang-kadang kita tertinggal atau kerjaya kita tidak dapat tumpuan yang lebih baik,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

山脚下男孩彩排6小时脸不红不气喘「915大叔要你好看的!」

山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会只剩下不到3天时间即将要举办!团员彩排6小时脸不红不气喘,直呼「915大叔要你好看的!」

Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

Tampil Gandingan Hariz Fayahet & Bunga, ‘Kita Juara’ Menyambut Industri Sukan Malaysia

Dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet & Bunga kini mempersembahkan single terbaharu yang menyuntik semangat orang ramai, Kita Juara! Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di […]

Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?

Trending Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Tahniah! Fitri Haris Kini Bergelar Doktor Falsafah

Empat tahun bertungkus lumus menyiapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), penyanyi nasyid, Fitri Haris, akhirnya berjaya pada sesi Viva Voce yang akhirnya membawa kepada gelaran Doktor Falsafah.

Trending Sat, 14 Sep 2019

Katak Dipaksa ‘Cerai’ , Kenapa Ya?

Pasangan Katak Yang ‘Dikahwinkan’ Untuk Panggil Hujan, Dipaksa ‘Cerai’

error: Content is protected !!