Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa December 24, 2022 @ 3:57pm

Tampil Gandingan Hariz Fayahet & Bunga, ‘Kita Juara’ Menyambut Industri Sukan Malaysia

Dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet & Bunga kini mempersembahkan single terbaharu yang menyuntik semangat orang ramai, Kita Juara! Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di TV9 pada hari Ahad, 8 Januari 2023 jam 8.30 malam.

Lagu Kita Juara ini merupakan hasil ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, usahasama Alternate Records Sdn Bhd dan CH-9 Sdn Bhd ini boleh didengar di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents bermula 23 Disember 2022, pukul 9 malam.

Penyanyi rap dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-36, Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berasa bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan penyanyi pop bersuara merdu Hariz Fayahet.

Menurut Bunga, “Ini kali pertama saya berduet dengan Hariz Fayahet dan saya sangat teruja kami dapat peluang membawakan lagu yang berunsur semangat kesukanan ini. Selain senang berduet bersama, saya harap lagu ini dapat menyuntik rasa bangga akan industri sukan tanah air kepada para pendengar. Teruskan menyokong atlet-atlet negara yang terus berjuang untuk mengharumkan nama tanah air dan nantikan lagu duet terbaharu kami!”

Menurut Hariz Fayahet, lagu Kita Juara ini memberinya semangat untuk terus bekerja dengan lebih keras. “Harapan saya adalah untuk lagu ini menjadi inspirasi bagi para pendengar untuk terus berusaha dengan lebih keras dalam kehidupan harian kita. Setiap orang mempunyai potensi untuk menyumbang dalam mencapai impian masing-masing. Apa yang penting adalah bagaimana kita gunakan semangat tersebut untuk terus maju kehadapan.

“Saya berharap lagu ini dapat menyuntik semangat tersebut, dan turut mendorong pendengar untuk rasa bangga akan industri muzik dan sukan tanah air. Saya harap para pendengar dapat terima lagu ini dan terus memberi sokongan kepada karier muzik saya di masa hadapan.”

Di usia 28 tahun ini, Hariz Fayahet telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang muzik. Antaranya berjaya menjadi Naib Juara Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) dan kejayaan paling besar adalah menjadi penyanyi OST bagi drama terbitan TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali berjudul Ku Cuba yang telah mencapai 100 juta tontonan di TikTok sehingga kini.

Buat julung kalinya, Anugerah Ikon Sukan diadakan bagi memberi fokus kepada industri sukan tanah air, sekaligus mengiktiraf sumbangan atlet-atlet yang mengharumkan nama negara.

Inisiatif meraikan ikon-ikon sukan oleh Harian Metro ini akan berlangsung pada 8 Januari 2023 dan disiarkan secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam, sementara 7.50 malam untuk acara karpet merah. Malam anugerah ini juga boleh di strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

MEET ISAAC VOO: THE FIRST MALAYSIAN KPOP IDOL

There have been many foreigners rising to fame in KPOP groups recently and now Malaysia’s very own Isaac Voo has brought so much pride to Malaysians as he joined the South Korean band IN2IT.

Trending Fri, 30 Nov 2018

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – Mahathir

Desas-desus mengenai perkahwinan itu tular di media sosial dengan beberapa keping gambar perkahwinan sebagai bukti  

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Da Unknown Tampil Dengan Cinta Hati

Tahniah atas single terbaru

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Zahiril Adzim Kecewa Dengan Siapa Tu?

Masing-masing ada hak untuk bersuara kan?

Trending Sat, 26 Dec 2020
Trending Wed, 14 Nov 2018

3 Wanita Terkandas di Korea Selepas Membuat Pembedahan Plastik

Gambar pasport adalah pengenalan diri individu, jika ingin membuat pembedahan plastik diluar negeri, sila fikir dahulu ye

Trending Fri, 6 Dec 2019
error: Content is protected !!