Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 9, 2018 @ 1:10pm

#CintaBukanKristal; Watak Aryana Tak Sama Dengan Husna

Drama 28 episod Cinta Bukan Kristal mengisi slot Akasia bermula semalam. Barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat dan Nina Iskandar bakal menghiasi kaca televisyen anda setiap Isnin-Jumaat bermula 7 malam.

Watak Aryana lakonan Ayda Jebat antara yang disebut ramai ketika ini. Menurut netizen, populariti watak Aryana mampu menandingi Husna dalam Jangan Benci Cintaku. Betul ke?

Bagi pelakon Ayda Jebat, dia memaklumkan ramai yang bertanyakan kepadanya hal yang sama.

“ Memang berbeza. Kalau drama Jangan Benci Cintaku, watak antagonis merupakan heroin kedua. Tetapi untuk Aryana dalam Cinta Bukan Kristal, watak antagonis adalah watak utama.

“ Ramai yang datang tanya kepada saya, ‘Dah sedia untuk dikecam macam watak Husna terima?’ Jawab saya mudah saja, Aryana tak sama langsung dengan Husna.

“ Sisi dan watak antara Aryana dan Husna sangatlah berbeza. Watak Aryana ‘terjerat’ atau terperangkap dalam situasi. Kisahnya lebih kepada, jangan suka menghukum seseorang itu perampas tanpa ambil tahu situasi sebenar,” katanya kepada xtra.com, semalam.

Bercakap tentang pengalamannya membawa watak sebagai ‘perampas’ suami orang, Ayda memberitahu watak Aryana turut memberikannya pengajaran.

“ Saya tak pernah lalui pengalaman seperti Aryana dalam Cinta Bukan Kristal.

“ Tetapi bila melakonkan watak ini, terdetik dalam hati berkata, I will never do this to anyone (saya tidak akan lakukan hal ini terhadap wanita lain).

“ Ia juga menjadi pendekatan terhadap diri sendiri. Tapi jangan salah anggap, macam saya kata tadi… jangan cepat jatuh hukum melihat individu ketiga dalam sesebuah hubungan. Perlu tahu sebab di sebalik kenapa dia berbuat demikian,” akhirinya.

Cinta Bukan Kristal turut dilakonkan oleh Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani, Ramli Salleh.

Jangan lupa terus menonton Cinta Bukan Kristal bermula 8 Ogos setiap Isnin-Jumaat, bermula 7 malam hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩

Featured Tue, 25 Apr 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Betulkah tiada masalah komunikasi kerana jarang bertemu, tetapi itulah yang diyakinkan oleh pasangan ini

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Sat, 25 Nov 2023

Siti Elizad Gagal IVF Kali Kedua, Tak Mahu Fikir Soal Anak Demi Jaga Kesihatan Mental

Belum ada rezeki.. Semoga dipermudahkan urusan Elizad & suami

Hiburan Wed, 8 Mar 2023
error: Content is protected !!