Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2024 @ 6:53pm

Isu Dihalau Pihak Berkuasa Pada Malam Perayaan Patah Hati Di Kemaman, Awa Zainal Mohon Maaf

Penyanyi baharu, Awa Zainal, 27, tampil memohon maaf susulan kekecohan yang berlaku di showcase terbuka ‘Malam Perayaan Patah Hati’ berlangsung di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Selaku vokalis kepada kumpulan Kartikamusic, Awa menjelaskan pihak penganjur tidak mempunyai permit untuk memberi kebenaran kepada mereka membuat persembahan secara terbuka di kawasan pantai Kemaman sebelum diserbu dan dihalau oleh pihak Polis.

“Seminggu sebelum hari kejadian, kami dijemput oleh pihak penganjur untuk membuat persembahan malam galau Kemaman. Ketika kami membuat persembahan, pihak berkuasa mengarahkan untuk hentikan persembahan tersebut.

“Pihak penganjur didapati tiada permit hiburan pada malam tersebut dan kami diarahkan untuk membuat kenyataan polis dan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Bagaimanapun, Kartikamusic mengakui silap atas kekhilafan mereka yang tidak membuat penelitian terlebih dahulu berhubung permit sebelum bersetuju untuk menghiburkan orang ramai.

“Mewakili pihak band saya memohon seribu kemaafan diatas semua kekhilafan dan kesulitan yang telah berlaku pada malam tersebut.

“Saya berjanji untuk lebih berhati-hati dan menitikberatkan hal-hal dari segala aspek yang perlu,” katanya lagi.

Difahamkan, persembahan mereka berlangsung pada jam 8.45 malam sebelum diarahkan berhenti serta merta oleh pihak berkuasa pada jam 10 malam.

Dalam pada itu, Awa berkata mereka bercadang untuk mengadakan ‘Malam Perayaan Patah Hati 2.0’ bagi memperbaiki kesilapan lalu.

“Kami telah berjanji untuk mengadakan semula persembahan galau itu nanti dan kali ini kami akan menitik berat dari setiap sudut dan aspek supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

“Jadi tunggu kami untuk ‘Malam Perayaan Patah Hati 2.0’. Terima kasih kepada semua yang hadir dari dekat mahupun yang jauh, akan ada kejutan untuk anda anda semua nanti,” akhirnya.

@nnabhhysf__

sebelum kena halau 🥹 , kalini event patah hati sungguh la nii … #malamperayaanpatahhati #moanacafe #kemamanterengganu

♬ original sound – S A I ♡ – S A I ♡

Awa adalah artis baharu yang baru sahaja bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records & Talents selepas menyertai pertandingan pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Bangkit & Lawan!” – Nam Ron Pertahan Que Haidar, Rayu Jangan Menghilang Lagi

Nam Ron turut menitipkan kata-kata semangat agar Que terus kuat berdepan cabaran dan tidak lagi menghilang daripada industri.

Featured Wed, 30 Nov 2022

Dapat Soalan Merepek Pasal Anak, Netizen ‘Puas’ Dengar Norreen Iman Bahasakan Pengikut Instagram

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat lawaknya. Terbaharu, tular sebuah rakaman Instagram Story Norreen yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @ayymanwong yang […]

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

“Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

Uqasha turut menegaskan tindakannya berdiam diri sebelum ini tidak seharusnya disalah tafsir

Featured Thu, 18 Nov 2021

Lagi Budak Lelaki Maut TerJatuh Dari Tingkat 16, Ibu Saudara Ditahan Miliki Rekod Jenayah Lampau

Ya Allah, makin ramai kes kanak-kanak jatuh dari bangunan kan?

Hiburan Sat, 10 Mar 2018

Henti Aktiviti IG Story, Micheal Ang Enggan Ulang Kesilapan

Rata-rata netizen kurang senang dengan pendapat Micheal yang dikatakan seolah-olah mempersenda Islam apabila menyatakan lokasi pelancaran itu boleh digunakan sebagai tempat penganjuran pelbagai acara termasuk majlis tahlil.

Featured Fri, 28 Feb 2025

“Akiko Telah Pergi Meninggalkan Saya & Anak Selamanya” – Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

Berita duka itu dimaklumkan Ridzo menerusi hantaran di IG miliknya.

Selebriti Wed, 29 May 2024
Hiburan Mon, 26 Aug 2024
error: Content is protected !!