Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 20, 2024 @ 8:00pm

Lucu! Peminat ‘Lamar’ Ajak Kahwin, Respons Nur Fazura Raih Perhatian

Selebriti dan pelakon jelita, Nur Fazura mencuri perhatian selepas dilihat aktif menjawab soalan peminatnya menerusi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Berdasarkan video tular tersebut, Fazura mencuri perhatian apabila dia secara spontan menjawab pertanyaan peminat yang telah bergurau dengan melamarnya untuk berkahwin.

“Allahu, idah tak habis lagi nak kahwin macam mana,” katanya bersahaja.

Dalam siaran langsung sama, bekas isteri aktor popular Fattah Amin ini turut menjawab pertanyaan netizen berkenaan kes saman.

Aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini berkata perkara itu masih dalam proses serta memaklumkan ada beberapa individu yang bakal dikenakan tindakan saman.

“Ramai sebenarnya dan kita dah kenalpasti ramai. Tapi tindakan tu tetap, ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah,” katanya.

@stokin.yg.hilang

comel jer faz bila jawab soalan fans 😂 #fazura #fattahamin #fazuraLIVE

♬ Bertahan Demi Cinta – Fazura & Fattah Amin

Sebelum ini, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu selepas memfailkan cerai pada 13 September.

Sekadar info, bekas pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, tiga tahun.

Artikel Berkaitan: Lagu Adele ‘Make You Feel My Love’ Penuh Bermakna Untuk Anak, Ramai Puji Nyanyian Fazura – “Love Your Accent!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Promosi Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Di Indonesia, Nur Fazura Kongsi Perasaan Selepas Bercerai – “Tiada Penyesalan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Sibuk Bekerja, Remy Ishak Belum Sedia Kahwin?

Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya…Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja Remy.

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Gambar Seksi Uqasha Senrose Jadi Perhatian

Uqasha Senrose menggoda dalam…

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Tue, 31 Dec 2019

Fizz Fairuz Harap Kali Ini Isteri Hamil Anak Lelaki

Tahniah Fizz Fairuz dan Almy Nadia!

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

error: Content is protected !!