Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2024 @ 12:38pm

Zul Ariffin ‘Tersasul’ Minta Doa Dikurniakan Empat Isteri – “Berdoa Pun Boleh Tersasul, Sebab Cuaca Kot”

Pelakon popular, Zul Ariffin mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek di platform media sosial miliknya.

Menerusi muat naik tersebut, Zul, 38, kelihatan sedang berada di Tanah Suci Makkah bersama ahli keluarganya, namun apa yang menjadi tumpuan adalah pelakon filem Sheriff: Narko Integriti ini berdoa agar dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita.

“Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri),” katanya menerusi video berkenaan.

Sedar dengan kesalahan tersebut, Zul bagaimanapun memperbetulkan bacaannya dan memohon dikurniakan dengan seorang jodoh sahaja.

“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).

“Kadang-kadang bila berdoa ni pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca kot.

“Apa pun, jom kita doa banyak-banyak tak kira la kita dekat mana pun,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan spontan Zul sekaligus mendoakan agar aktor itu dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Aug 2021

Pandelela Layak Ke Pusingan Separuh Akhir Tokyo Olimpik, Menanti Debaran Akhir Esok

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila layak menduduki tempat ke-18 pada saingan kelayakan pusingan separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik yang berlangsung sebentar tadi. Pandelela […]

Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ini Sebab Kenapa Zahirah McWilson Tolak Watak Antagonis

Pelakon Zahirah Macwilson menolak untuk melakonkan watak antagonis kerana takut dibenci penonton….

Featured Wed, 18 Dec 2024

[VIDEO] Sentiasa Positif, Sky Iskandar Pegang Konsep 325, Rakan Baik Dedah Amal Solat Tahajjud

Rupa-rupanya Sky hampir tidak mendapat tawaran berlakon dalam Filem Kahar: Kapla High Council

Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Featured Mon, 13 Sep 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian Ramai

Video penyanyi terkenal, Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada rakan artis, Nabil Ahmad menjadi bualan di media sosial semenjak semalam. Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah suara Anuar dengan bersahaja menyanyikan lagu Lelaki Ini […]

error: Content is protected !!