Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 25, 2024 @ 8:30pm

Hutang Syarikat Kontraktor Cecah RM1 Juta, Rumah & Empat Kereta Mewah Milik DSV Disita

Rumah mewah usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dikhabarkan telah disita akibat gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilang di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor kepada studio.

Memetik laporan Kosmo, selain rumah tersebut empat kereta mewah turut disita iaitu dua buah Velfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini mengeluarkan perintah penyitaan tersebut selepas membenarkan permohonan yang dilakukan oleh Ah Design Communication Sdn Bhd, Mohammad Taufik.

Dalam laporan sama, Vida dilaporkan gagal membayar tunggakan baki berjumlah RM1,060,285 pada 2018 kepada syarikat kontraktor, Ah Design Communation.

Bagaimanapun, peguam, Samir Zainal berkata barangan dan kereta mewah yang telah disita akan dilepaskan sekiranya Vida membayar baki bayaran kepada syarikat tersebut.

“Barangan yang disita melibatkan semua barang dalam rumah kecuali bilik tidur DS Vida sebab pintu berkunci dan kenderaan iaitu dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

“Berdasarkan penyiataan ini, barang ini tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.
Berbicara lebih lanjut, pihaknya akan melepaskan sitaan sekiranya Vida menjelaskan tunggakan.

“Jika tunggakan dilunaskan, kami akan tarik balik sitaan. Setakat ini saya belum dapat bercakap lagi dengan beliau. Saya difahamkan dia berada di China dan dia akan hubungi saya,” katanya.

Dalam pada itu, wakil syarikat Ah Design Communication Sdn Bhs, Mohamad Taufik menjelaskan mereka terpaksa mengambil tindakan terhadap jutawan kosmetik itu kerana tunggakan bayaran sudah berpanjangan selama enam tahun.

“Kami terpaksa mengambil tindakan sita sebab kami sudah beberapa kali cuba berbincang. Pernah berurusan peguam dengan peguam untuk penyelesaian tapi tiada maklum balas, jadi kami tiada pilihan selain daripada tindakan yang kami lakukan hari ini.

“Jumlah tunggakan untuk penghakiman yang kami ada prinsipalnya lebih RM800,000, tambah faedah lebih kurang RM1.06 juta.

“Buat masa ini, ini penghakiman yang kami peroleh. Saya harap perkara itu diselesaikan dengan cara baik.

“Kami tiada niat untuk menyita barang-barang beliau. Kalau benda ini selesai sebelum tempoh penyitaan, kita sedia tarik balik penyitaan. Selama enam tahun saya tunggu bayaran tunggakan agak lama juga sebenarnya,” katanya.

Sumber: kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Nov 2025

“Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong

Rezeki yang hadir sedikit sebanyak kurangkan beban, namun tak mampu mengisi kekosongan Kamal Adli.

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Tue, 4 Sep 2018

《妈姐》夺「首尔国际电视节」评审特别奖

2017年ntv7台庆剧《妈姐》荣获第13届《首尔国际电视节》“评审特别奖”!

Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Featured Mon, 6 Apr 2026

Penat Tahan Emosi, Nora Danish Sebak Kongsi Cabaran Bergelar Ibu Tunggal – “Kita Tak Kuat Pun Sebenarnya Tapi …”

Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.

error: Content is protected !!