Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2024 @ 9:41pm

Watie Didakwa Punca Shuib ‘Lupa Diri’… Selar Kenyataan ‘Celupar’ Ceo Helmie – “Kasar Sangat Ayat Kau Wahai Saudara”

Usahawan selebriti, Shuib berang selepas individu lelaki yang dikenali sebagai Ceo Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera.

Menerusi video tular yang dikongsikan di platform TikTok, Helmie meminta agar Shuib menyelesaikan hutang pekerjanya terlebih dahulu sebelum mengajaknya bertemu secara empat mata.

@zielaisma.ann #ceohelmi #shuibsepahtu #carey #masukberandafyp #janganmandai2 #jumpabukudenganruas ♬ bunyi asal – ZIELA ISMA_ANN

Malah, menerusi video berlainan pula, Helmie menyarankan agar Shuib mencari isteri baru sekaligus mendakwa pelakon dan pelawak itu mula berubah selepas mendirikan rumah tangga bersama Watie Hanifiah.

“Shuib kau tahu kau berubah sebab apa? Ramai netizen dan rakyat Malaysia tengok kau ni macam tak betul dah. Sejak kahwin dengan Watie. Aku nasihat kau tukar bini baru. Cari yang lebih solehah. Opss kau tak layak dapat yang solehah sebab kau pun dua kali lima,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Sedar dengan kenyataan ‘celupar’ itu, Shuib bagaimanapun menegur sikap Helmie yang disifatkannya sebagai penakut dek kerana bertindak menyekatnya di platform TikTok.

“Kau ni normal ke tak? Video tuju untuk aku,tapi dekat TikTok kau block aku, DM aku pun kau tak berani nak balas.

“Insya- Allah suatu hari kita akan bertentang mata. KASAR SANGAT AYAT-AYAT KAU WAHAI SAUDARA,” tegurnya.

Tidak habis disitu, menerusi pemerhatian XTRA, Watie kelihatan memuat naik hantaran berupa petikan hadis hasil nukilan Ali Bin Abi Talib mengenai ucapan atau perkataan yang diungkapkan kepada orang lain.

“Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu -Ali Bin Abi Thalib,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Trending Sun, 1 Dec 2019

Dipercayai Hampir 10 Kesan Cucuk, KKM Tampil Siasat Isu Tangan Bayi

Kesiannya lihat tangan bayi kecilmempunyai kesan suntikan yang banyak.

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Trending Fri, 27 Apr 2018

Donald Trump Versi Wanita Ditemui Di Sepanyol. Ini Memang Lawak!

Di usia 64 tahun, wanita berasal dari Sepanyol ini tidak pernah terfikir untuk menjadi popular apatah lagi disamakan dengan President Donald Trump.

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jodoh Pada Usia Emas, Terima Kasih Facebook!

Saya tidak sangka kami akan bertemu semula dalam situasi di mana kami berdua berstatus bapa dan ibu tunggal. Ini baru dinamakan, kalau dah jodoh, tak kemana pakcik…

Featured Fri, 25 Nov 2022

Tunai Janji, Anwar Ibrahim Tolak Gaji Perdana Menteri – “Saya Ingin Pulihkan Keyakinan Rakyat”

Pelantikanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh telah mendapat liputan meluas dari dalam dan juga luar negara. Sudah menjadi simbolik untuk pemimpin mengotakan janji manifestonya setelah diberikan mandat untuk […]

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

Mungkin Shuib dan Dol’s podcast boleh ambil input dari pandangan netizen ni

error: Content is protected !!