Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2024 @ 3:30am

Tampilkan Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Erra Fazira & Ramai Lagi, Intuisi Evolusi Emas Semarakkan FFM 33

Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menganjurkan Intuisi Evolusi Emas FFM33 untuk menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33).
 
Program dua hari yang berlangsung di pusat beli-belah, Datum Jelatek, baru-baru ini membabitkan forum bertajuk Lihatlah Dunia: Trofi FFM Merubah Hidupku, sekali gus memperlihatkan bagaimana pencapaian FFM mampu menjadi lonjakan besar bagi karyawan filem tempatan.
 
Barisan panel forum terbabit menampilkan Datuk Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Maya Karin dan Erra Fazira, manakala, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar sebagai moderator.


 
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
 
Bagi Erra, 50, yang pernah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Soal Hati pada FFM 15 dan Hingga Hujung Nyawa (FFM 18) mengakui anugerah dimenanginya itu beri impak daripada sudut kepercayaan karyawan dan penonton.
 
“Anugerah ini juga beri impak yang sangat besar kepada semua pemenang di mana ia menjadi penanda aras dan menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
 
“Tipu kalau kata ia tidak beri impak pada karyawan sama ada pengarah, penulis skrip dan kru membabitkan prestasi serta aspek yang lebih baik lagi.
 
“Justeru, dengan adanya kepercayaan, akan ada karya berat ditawarkan tapi tidak semua pelakon diberi kepercayaan untuk melakonkannya,” katanya.
 
Kata Erra lagi, dia juga mengakui ada berasa beban dengan anugerah diterima dan salah satunya mungkin untuk dirinya terus beri yang terbaik pada lakonan.
 
“Selepas menang pelakon terbaik mungkin orang akan cakap ini sahaja hasil lakonan?
 
“Sebenarnya, kita sudah ada lapisan dan anugerah ini mengubah dari sudut tanggungjawab sebab kita harus beri yang lebih baik lagi.
 
“Pada masa sama, kita ada tanggungjawab untuk berganding dengan pelakon baharu serta angkat semua orang kerana kita mahu bukan nama kita sahaja naik dalam industri seni kerana nampak tidak seimbang,” katanya.
 
Rosyam berkongsi bagaimana pelakon lama sepertinya perlu tahu bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dalam dunia era baru media sosial sekarang.
 
“Bukan sahaja dari segi populariti, tapi lebih sukar mengekalkan nama yang kita ada kerana pelakon hanya boleh bertahan dari segi populariti selama 10 tahun dan selepas itu tempatnya akan diambil pelakon baharu.


 
“Ini berlaku pada diri saya kerana sangat sukar untuk terus ‘maintain’ (kekal) dalam industri seni pada usia 57 tahun kerana perlu bersaing dengan pelakon baharu yang lebih muda.
 
“Pelakon baharu adalah pesaing  yang sihat dan mereka harus ada untuk teruskan kesinambungan industri seni dan tak boleh nak harap pada pelakon yang sudah tua seperti kami,” katanya.
 
Kata pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik filem KL Menjerit (FFM 16) dan filem Kala Malam Bukan Mengambang (FFM 21) ini lagi, industri seni di Malaysia tidak sama seperti di luar negara.
 
“Aspek ekonomi mereka sangat besar dan ada duit untuk pemasaran filem dan menjual ke seluruh pelusuk dunia.
 
“Tapi kita pula sibuk bagaimana nak jual karya ke luar negara sedangkan karya dalam negara pun masih belum diterima seluruh anggota masyarakat seperti orang Melayu, Cina dan India?
 
“Sama dengan pelakon baharu sekarang di mana proses mereka bermula dari bawah dan ini zaman mereka dan bagaimana kita pula sebagai orang lama untuk tarik peminat yang ada dengan bergabung dengan peminat baharu sekarang,” katanya.
 
Sementara itu, Fauziah, 62, yang sudah lima dekad berkecimpung dalam industri seni tanah air memuji dan berkongsi pandangan mengenai senarai pencalonan filem yang berjaya mara ke Top 5 FFM 33 dan menganggap barisan juri yang membuat penilaian juga bukan calang-calang.
 
“Saya melihat barisan juri FFM kali ini menghargai karya yang bertanding dan itu amat penting bagi kita untuk turun padang dan memahami syot filem apa sebenarnya lakon layar itu?
 
“Bagi mereka yang ada keinginan untuk mencapai sesuatu, mereka perlu jujur dengan karya dihasilkan terutama dari segi genre dan jalan cerita harus bermula dari satu cerita yang jujur,” katanya.
 
Kata pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Ali Setan (1985/1986) dan Puteri (1987) ini lagi, dia juga berpeluang menonton filem yang ditayangkan dari satu panggung ke panggung ketika menyertai delegasi Festival Filem Asia Pasifik sebelum ini.
 
“Saya dapat melihat bagaimana mereka menghasilkan filem yang hebat dan berjaya di panggung dan ia turut menyuntik semangat buat kami sebagai delegasi,” katanya.


 
Terdahulu, program intuisi Evolusi Emas FFM33 iaitu forum pada hari pertama bertajuk Orang Muda Dalam Perjuangan mengetengahkan barisan panel yang juga pengarah muda prolifik tanah air yang berkongsi pengalaman dalam industri perfileman dan pengarahan. Antaranya, Areel Abu Bakar, Pekin Ibrahim, Kyoll Hamzah dan Datuk Fizz Fairuz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 23 Jun 2026

Miliki Lebih 4 Juta Pengikut, ‘Durian Influencer’ Edison Ang Buka Pusat Pengalaman Raja Buah Terbesar Asia… Mahu Dunia Kenali Kisah Musang King!

Digelar sebagai durian influencer, Edison Ang tidak sekadar berkongsi kandungan mengenai raja buah, malah kini membawa minatnya ke satu tahap lebih besar.

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Featured Wed, 7 Dec 2022

Suka Lihat ‘Sisterhood’ Rozyana Roslan & Kieda Amy, Netizen Doakan Persahabatan Mereka Berkekalan

Pasti ada yang mengenali pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan atau lebih dikenali sebagai Rozy yang sering memuat naik pelbagai video solekan sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, Rozy selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah […]

Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Kontroversi Yang Akhirnya Menjadi Titik Kebangkitan Fazura – “Skala Bahagia Saya Kini 10/10… Alhamdulillah”

Fazura menjadi perhatian bukan kerana kejayaan lakonannya, tetapi kerana kontroversi yang mengiringi perjalanan seninya.

Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
error: Content is protected !!