Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2024 @ 3:39am

14 Tahun Olah Plot & Skrip, Akhirnya Filem Tegkang Ke Layar Perak… Budaya Masyarakat Kelabit Serta Keindahan Alam Jadi Tarikan

Mula ditayangkan pada 28 November lalu, filem Tegkang menjadi antara naskhah yang mengangkat tema tentang budaya sesebuah masyarakat.

Karya ini mempersembahkan sebuah jalan cerita yang bukan sahaja bertemakan cinta, malah tutut memaparkan budaya masyarakat Kelabit dan keindahan sebuah tempat bernama Bario yang terletak di negeri Sarawak.

Pengarah Tegkang, Josh Nawan berkata, pemilihan Bario sebagai lokasi untuk filem berkenaan dibuat setelah melihat tarikan di kawasan berkenaan.

“Mungkin tidak ramai pernah datang ke Bario, sedangkan ia adalah sebuah tempat yang menarik dengan keindahan semula jadi yang boleh menjadi tumpuan pelancong.

“Selain itu, komuniti di sana iaitu kaum kelabit juga sangat unik dengan budaya yang tersendiri. Jadi, Tegkang menjanjikan sebuah naskhah yang mempunya tarikan tersendiri untuk ditonton,” ujarnya.

Josh berkata, selain menampilkan Syafie Naswip dan Michelle Lungan sebagai pelakon utama, filem tersebut rata-ratanya juga menampilkan pelakon-pelakon dari kaum Kelabit serta 99 peratus penggambaran dilakukan di Bario.

Tegkang mengisahkan tentang hubungan antara seorang pelancong, Hanafi (Syafie) dengan seorang gadis tempatan iaitu Rinai (Michelle).

Namun begitu, kehadiran Hanafi ternyata telah mengubah kehidupan Rinai, yang akan mengakibatkan sebuah rahsia lama yang tersimpan akhirnya terbongkar.

Selain Syafie dan Michelle, Tegkang turut dibarisi pelakon-pelakon tempatan seperti Hezekiah Asim, Pun Ratu Aran dan Lian Tarawe.

Pada masa sama, Josh yang juga selaku penulis skrip untuk Tegkang menyatakan jalan cerita dalam filem berkenaan adalah inspirasi daripada kehidupannya sendiri.

“Skrip filem ini saya mula hasilkan sejak tahun 2010 dan selepas 14 tahun, barulah ia dapat diterjemahkan kepada sebuah filem.

“Sebenarnya, Tegkang adalah inspirasi daripada kisah kehidupan saya sendiri yang membesar di rumah panjang. Kisahnya berkait rapat dengan datuk saudara saya,” jelasnya.

Sementara itu, Jason Chong selaku Penerbit Eksekutif pula mengakui pihak produksi berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika menghasilkan filem Tegkang.

“Pada mula memang rasa susah sebab lokasinya yang agak jauh, perbezaan bahasa serta nak memahami budaya setempat itu sendiri.

“Apapun sebaik sahaja selesai dan menontonnya di skrin pawagam, kami rasa bangga dengan filem ini. Termasuk dengan semua barisan pelakon yang banyak memberikan kerjasama yang baik,” ujarnya.

Diterbitkan oleh syarikat MyContent Distribution Sdn. Bhd, filem Tegkang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 November ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jun 2025

Gabung Elemen Bangsawan & Silat Teaterikal, Teater Tun Fatimah Angkat Semangat Perjuangan Wanita Melayu

Pementasan yang bukan sekadar persembahan seni malah menjadi simbol usaha berterusan dalam memartabatkan sejarah negara.

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Tiada Niat Sorok Majlis…

Selamat Pengantin Baru, Ali!

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Hebat! Teliti Rancang Masa Depan, Tony Eusoff Dah Mula Bisnes Makanan

Bukan sosej sahaj malah saya menjual makanan sampingan lain juga. Korang dah try ke belum?

Hiburan Sat, 11 May 2019

Hasrat Miliki Anak Kembar Tak Kesampaian, Isteri Aliff Syukri Reda…

Semoga segala urusan melahirkan anak dipermudahkan… Insha Allah ada rezeki lain menanti.

Featured Mon, 15 Mar 2021

“Saya Kena Usaha Lebih..” – Menang Tempat Ke-3 AJL35, Wany Hasrita Dedah Persiapan Berduet Dengan Jamal Abdillah

Meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) malam tadi, penyanyi Wany Hasrita mengakui dia harus berusaha lebih untuk setanding dengan rakan duetnya, Datuk Jamal Abdillah. Menerusi lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan […]

Hiburan Wed, 30 Oct 2024
Events Sat, 26 Jan 2019

Lagu Throwback Siti Nordiana Masih Menyengat

Sedapnya suara Siti Nordiana!

error: Content is protected !!