Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2024 @ 6:37pm

Semarak Irama Nasyid! Gabungan Ikonik Rabbani, Hijjaz & Artis Undangan Dalam Konsert Rahmati Melaka

Di sebalik lambakan konsert artis antarabangsa yang memenuhi kalendar seni hiburan tanah air, Konsert Rahmati Melaka bakal membawakan gabungan dua kumpulan nasyid terkenal Malaysia.

Dianjurkan oleh Affizmusic Entertainment, konsert nasyid itu bakal diadakan pada 13 dan 14 Disember 2024, bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), bermula jam 9.30 malam.

Persembahan ini akan menyaksikan gabungan dua kumpulan nasyid tersohor tanah air, Rabbani dan Hijjaz, yang tetap relevan dan dikenang sebagai antara pelopor irama nasyid di Malaysia.

Walaupun industri muzik tempatan dimeriahkan dengan pelbagai genre, irama nasyid masih mendapat tempat di hati peminat. Lagu-lagu malar segar Rabbani dan Hijjaz terus menjadi siulan ramai, membuktikan permintaan terhadap nasyid tidak pernah surut.

Menurut Affizmusic Entertainment selaku penganjur, konsert ini mendapat sokongan Tourism Melaka sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menutup tirai Tahun Melawat Melaka 2024 dengan acara bermakna.

“Konsert ini bertujuan mengembalikan semula kegemilangan irama nasyid seperti era 1990-an dan mencetuskan fenomena baharu. Kami mahu nasyid kembali ‘bernafas’ dalam industri muzik tempatan,” kata wakil penganjur.

Selain Rabbani dan Hijjaz, konsert ini turut menampilkan bekas penyanyi kumpulan Raihan, Affad & Daqmie, serta penampilan khas daripada Zamani, Furhan XPose, Yasser Atak, dan Sazali MS untuk memeriahkan suasana.

Konsert Rahmati Melaka juga diharapkan menjadi platform untuk memupuk kesedaran dan penghayatan terhadap agama melalui lagu-lagu ketuhanan, lebih-lebih lagi dalam menghadapi krisis kemanusiaan seperti peperangan di Palestin.

Pihak penganjur menyasarkan kehadiran 3,000 penonton setiap malam bagi konsert berdurasi 1 jam 30 minit ini.

“Kapasiti dewan hanya mampu menampung sekitar 3,000 penonton, jadi kami menggalakkan peminat mendapatkan tiket seawal mungkin bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang. Kami gembira melihat sambutan hebat terhadap genre nasyid, membuktikan ia masih mempunyai peminat setia,” tambahnya.

Konsert ini bakal menjadi pentas pertemuan beberapa nama besar dalam industri nasyid tanah air yang pasti dinanti-nantikan peminat.

Tiket Konsert Rahmati Melaka dijual pada harga RM158 (Law Kana Bainana), RM128 (Intifada), dan RM88 (Iman Mutiara). Peminat boleh mendapatkan tiket melalui laman web www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Bukan Ditahan, Cuma Dileraikan Polis” – Saiful Apek

Saiful Apek yang menafikan dirinya ditahan pihak berkuasa seperti yang digambarkan dalam foto tular, baru-baru ini.

Trending Thu, 27 Feb 2020

“Dah Memang LGBT Haram, Haram Tetap Haram”- Netizen Pertikai Lagu Akhir Zaman Bunkface

Tidak kurang daripada 24 jam lagu terbaru daripada kumpulan Indie, Bunkface iaitu Akhir Zaman dikeluarkan, single tersebut kini trending dan hangat diperkatakan di laman sosial. Lagu yang berjudul Akhir Zaman itu kini menjadi topik bualan […]

Featured Tue, 13 Jan 2026

20 Tahun Hidap Sinus, Mira Filzah Rasa Terganggu… Mimi Lana Kongsi Tips!

Mira mengakui masih sukar memahami keadaan sinus yang sering menyerangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal.

Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin. Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang […]

Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Imam Shah Tak Boleh Fokus Berlakon Sama Dengan Hannah Delisha – “Isteri Comel Sangat Sampai Nak Gigit”

Amboiiiii, sweet sangat ni! Isteri comel, cantik.. Tak boleh fokus si suami 🤪🤪🥰

Featured Sat, 23 Aug 2025

“Beria Support ‘No Bully’ Arwah Zara, Tapi Tak Habis-Habis Kondem Orang Kat Sosial Media” – Sweet Qismina

Sweet turut mempersoalkan sama ada golongan tersebut sebenarnya sedang ‘sakit’

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kongsi Gambar ‘Baby Bump’, Juliana Evans Bakal Jadi Ibu

Alhamdulillah! Semoga urusan melahirkan anak sulung nanti dipermudahkan oleh Allah SWT, Amin…

Featured Fri, 10 Feb 2023
error: Content is protected !!