Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi December 3, 2024 @ 3:42pm

Pukau Penonton, Tonjol Kehebatan Vokal… Malam Konsert “A Night With Sumandak Stars” Sold Out!

Konsert ‘A Night With Sumandak Stars’ telah mencatat sejarah baharu apabila menghimpunkan sembilan penyanyi wanita kelahiran Sabah iaitu Marsha Milan, Azharina, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Bella Astillah, Salma, Ayu Damit, Didi Astillah dan Wani Kayrie serta berjaya memukau ribuan penonton di Zepp, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Malam konsert dibuka dengan persembahan bertenaga dari kesemua artis menyanyikan lagu ‘Sumandak Sabah’ yang menerima sorakan gemuruh memecah keheningan dewan.

Konsert dimulakan dengan persembahan Wani Kayrie yang menghiburkan orang ramai dengan medley lagu rancak antarabangsa serta tampil menyanyikan lagu ‘Aiman Tino’ yang viral dengan aksinya tersendiri.

Persembahan disusuli oleh Ayu Damit dengan lagu ‘Hanya Di Mercu’ yang mengembalikan nostalgia ketika dia menjuarai pertandingan realiti ‘One In A Million’ musim ke-2 hampir dua dekad yang lalu.

Marsha Milan pula menyerlah dengan lagu wajibnya, ‘Cinta’ yang meraih kedudukan naib juara di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

Manakala duo adik-beradik genit, Bella dan Didi Astillah, membuktikan bakat generasi muda Sabah tidak kurang hebatnya mempamerkan lagu ‘Bermanja-Manja’ bersama.

Bella secara solo menyanyikan lagu ‘Tapi Bukan Denganmu’ dengan penuh emosi dan Didi tampilkan lagu solonya yang berjudul Fikirkan Kamu.

Persembahan terus hangat dengan penampilan Nikki Palikat membawakan lagu Panas. Nikki turut bersama Adira Suhaimi dan Ayu membawakan bersama lagu ‘Drama’ dengan aksi yang mempesonakan.

Tidak ketinggalan, juara ‘Mentor’ musim ke-5, Salma mempersembahkan lagu ‘Aku Permata’, diikuti Adira menghiburkan penonton dengan lagu popularnya ‘Pujaan Hati’, dan akhirnya, ‘Queen of Soul’, Azharina memukau penonton dengan vokalnya yang padu melalui lagu ‘Rawan’, ‘Seandainya’ dan ‘Elegi Sepi’.

Sebagai kejutan istimewa, kesemua artis bergabung di akhir acara untuk menyanyikan sebuah medley lagu ‘Anak Kampung’  dan ‘Original Sabahan’, mencetuskan suasana penuh keakraban dan nostalgia di kalangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, Datuk Mohd Fadzli Idrus berkata, konsert berkenaan berjaya memukau ribuan penonton di Zepp, Kuala Lumpur

“Malam ini adalah bukti kehebatan bakat kelahiran Sabah yang telah mencipta nama di persada muzik tanah air. Sambutan hangat daripada penonton adalah penghargaan terbesar untuk kesemua artis yang terlibat.

“Kami sentiasa mencari cara untuk mempersembahkan hiburan yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga bermakna,” katanya.

Konsert berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan dan isteri, Toh Puan Norlidah.

Selain itu ia juga mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan ia dijangka akan diadakan di Sabah pada tahun depan.

@xtra_my Replying to @mmhhddrrzzmm Tersentuh min dengan persembahan @Bella Astillah rasa nak menangis😭🥲 Anak-anak bella pun ada jugak tau🥹 #fyp #xtra #bellaastillah #sumandakstars #sabah #konsert #beritaditiktok #sembangentertaiment ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Abby Abadi Beri Respons Berita Marissa Dania, Aslam Bukan Lagi Pasangan Suami Isteri – “Alhamdulillah”

Abby Abadi mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa syukur terhadap status rumah tangga membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania bersama bekas suami, Ahmad Aslam. 

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Wed, 14 Jun 2023

Gambar Profile Di Instagram Hilang, Individu Dakwa Patimah Ismail Padam Gambar Puteri Sarah?

Mungkin Datin Patimah masih bersedih dengan berita Syamsul, Sarah dah bercerai.. 😢😢

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Batal Perkahwinan, Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Atikah Suhaime?

Lagu ‘Rahasiaku’ dilancarkan pada hari ulangtahun kelahiran Atikah ke-28 iaitu pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 (semalam).

Featured Mon, 3 Mar 2025

“Berdosa Ke Saya Yang Dah Bersuami Ni Mengandung?” – Isteri Fizo Omar Tegur Netizen Persoal Kehamilan Ketiga

Fezyra memaklumkan ini bukanlah kali pertama individu terbabit menghantar pesanan langsung (DM) kepadanya.

Featured Tue, 24 Oct 2023
error: Content is protected !!