Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 4, 2024 @ 6:09pm

Elfira Loy Kesal Kenyataan Disalah Erti – “Orang Kena Tahu Perempuan Bukan Sedih Sebab Lelaki Je”

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa kesal selepas kenyataannya di media sosial sebelum ini disalah erti.

Kata Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, kenyataan mengenai ‘kesedihan’ yang dibuat menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya itu tidak ada kena mengena dengan hal rumah tangganya.

“Suka-suka dia nak relate dengan rumah tangga??? Like apa  memang suka mendatangkan fitnah ke?,” katanya.

Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El turut berkongsi tangkap layar hantaran sebuah portal berita bertajuk ‘Saya hanya perlu bersabar dan jangan berharap pada manusia’.

Dalam hantaran berlainan pula, El juga menegaskan bahawa perempuan tidak bersedih hanya disebabkan lelaki sebaliknya banyak lagi faktor lain yang menjurus kepada masalah tersebut.

“People should know that perempuan dia bukan sedih sebab lelaki je.

“Banyak benda boleh sedih. Pengorbanan karier, kawan menjauh, kena fitnah dan tak dapat buat apa dia suka sebab orang lain. So stop lah ye. Nak kena post gambar cium ke baru percaya okay?,” katanya.

Justeru, sebagai seorang yang tidak mahu kusut memikirkan masalah remeh tersebut, El tampil menegur tindakan netizen di luar sana aga rberhenti menyebarkan berita tidak sahih.

“Pastu ada yang tambah perisa dekat komen tu. Memang teringin sangat ke nak rasa panas api neraka?

“Mulut tu macam takboleh nak cakap baik-baik,” tegurnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Apr 2026

Ozlynn Waty Sebak Kenang Nasib Azar Azmi- “Mak Tak Makan Tak Mengapa, Jangan Anak-Anak”

Ozlynn Waty mengaku berasa sebak apabila mengetahui situasi yang menimpa rakannya yang juga aktres, Azar Azmi.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Kali Ni Kita Approve!” – Dapat Sambutan Positif, Peminat Teruja Dengar Lagu ‘Mama Papa Raya’ Nyanyian Aliff Syukri

Wow, ramai yang approve lagu Raya Datuk Seri Aliff Syukri duet bersama Datin Seri Nur Shahida!

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Rindukan Ustaz Adam Dan Nur? Ini Berita Baik Untuk Anda!

“Utk para peminat drama Nur, officially abam would like to announce NUR2 akan masuk set tak lama lagi,” tulisnya dan ditag nama-nama pelakon dan krew yang terlibat di dalam Nur sebelum ini seperti @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani dan ramai lagi.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019
Hiburan Mon, 10 Jul 2023

“Bukan Waktunya Lagi Untuk Berlumba Dengan Penyanyi Muda” – Siti Nurhaliza

Bukan masa Siti nak bersaing dengan penyanyi muda sekarang!

Trending Wed, 21 Jul 2021

Suntikan ‘Picagari Kosong’, Ini Penjelasan KKM

Lepasni, before suntik korang check dulu okay

Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Mula Dibuka Disember Ini, Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini Di Pulau Pinang!

Pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula.

error: Content is protected !!