Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 10, 2023 @ 6:00pm

“Bukan Waktunya Lagi Untuk Berlumba Dengan Penyanyi Muda” – Siti Nurhaliza

Kejayaan demi kejayaan yang diraih, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kini bukanlah waktu untuknya terus bersaing dengan bakat baharu yang hebat, sebaliknya mahu berkarya dengan terbaik.

Menurut Siti, jiwa muzik sudah sebati dengan dirinya malah tetap akan memberi sokongan kepada industri muzik sekiranya tidak menyanyi kelak.

“Selama lebih 25 tahun dalam industri, saya dah lalui banyak perkara dan kenangan suka duka. Saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi.

“Pada masa ini bukan waktunya lagi untuk berlumba-lumba bersama penyanyi-penyanyi muda sekarang, lebih kepada mengekalkan persembahan dan hasilkan lagu yang terbaik.

“Muzik ini sudah sebati dengan hidup saya, kalau saya tidak menyanyi lagi, saya akan terus beri sokongan kepada industri,” ujarnya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Siti yang aktif dalam pertubuhan amal miliknya dan suami Datuk Khalid berasa senang apabila dapat menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan.

“Saya juga ada perancangan dalam kerjaya saya. Selain itu, saya juga mahu dekat dengan masyarakat.

“Banyak konsert dan persembahan yang saya jayakan sebelum ini adalah berbentuk amal dan mengumpul dana di bawah yayasan saya dan suami iaitu Yayasan Nurjiwa.

“Perkara tersebut membuatkan saya puas dalam memberi semula kepada semua peminat yang menyokong saya dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan,” jelas Siti lagi.

Untuk rekod, Yayasan Nurjiwa aktif dalam membantu insan yang memerlukan malah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara seperti tertubuhnya Tadika Afwa Al Aafiyah di Gaza, Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Haters Kutuk Album Sitism Sebagai ‘Gila Isim’, Siti Nurhaliza Minta SKMM Siasat Akaun Pembenci – “Cantiknya Bahasa Kakak”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penampilan Siti Nurhaliza Di Konsert Dimash Curi Tumpuan, Vokal Kembali Padu! – “Merdu Sangat Ni..Suara Makin Ringan”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Kilafairy “Belanja” Apa Pula Kali Ni?

Tapi, Kilafairy memang seksi pun…

Featured Wed, 12 Mar 2025

Nafi Buat Pembedahan Bariatrik, Enot Perjelas Sebab Tampak Kurus – “Saya Bekas Penghidap Kanser Usus”

“Saya tak ada ambil jalan mudah sebab saya tahu benda itu akan memudaratkan saya,” – Enot

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Bila Suami Tak Mampu Berikan Apa Yang Saya Mahu, Saya Mula Pandang Rendah Terhadapnya” – Reen Rahim

Kata Reen, dia pernah membiarkan perasaan ego memakan dirinya sendiri ketika lebih berjaya dari suaminya

Hiburan Wed, 9 Apr 2025
Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 25 Dec 2019

Jovian Bawa Anak Tunai Umrah

Untungnya kecil-kecil dah ke Tanah Suci!

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
error: Content is protected !!