Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain December 1, 2023 @ 3:50pm

Tetap Tenang Muat Naik Sebarang Perkongsian… Netizen Pelik, Dakwa Alif Teega Paksa Aisyah Hijanah Buat IGs Berunsur Positif?

Selepas tampil memberikan kenyataan berkenaan isu rumah tangga, pempengaruh Aisyah Hijanah tetap tenang dalam mengendalikan kemelut yang berlaku di antaranya dan suaminya, Alif Teega.

Kelmarin, Aisyah tampil mengeluarkan sebuah kenyataan berkenaan penularan rakaman suara pertengkarannya bersama Alif.

Dalam perkongsian tersebut, Aisyah menyatakan dia tidak menafikan atau membenarkan perkara itu dan meminta orang ramai tidak merumitkan lagi keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman Suara Ketika Bertengkar Tular, Ini Respons Aisyah Hijanah – “Saya Tidak Boleh Menafikan Mahupun Membenarkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega Akhirnya Perjelas Isu Poligami – “Garis Kehidupan Kita Ni Disusun Oleh Allah Cantik”

@xtra_my Replying to @hannaDanial_ MashaAllah, tinggi sungguh kesabaran Aisyah ni 🥺Semoga Aisyah dan anak-anak sentiasa di bawah lindunganNya 🤲🏼 #fyp #xtramy #aisyahhijanah #voicenote #alifteega #pukul #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ suara asli – justme

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada sesetengah pihak yang meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan yang dimiliki oleh pempengaruh itu.

Namun, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa musykil dengan sifat tenang yang dipamerkan oleh Aisyah dalam setiap perkongsiannya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa setiap perkongsian positif yang dimuat naik oleh pempengaruh itu adalah atas paksaan suaminya, Alif.

Dakwaan tersebut telah diluahkan oleh sesetengah netizen menerusi ruangan komen salah sebuah perkongsian XTRA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Sat, 6 Sep 2025

Marsha Milan Syukur ‘Hening Rindu’ Rangkul Trofi Emas Bagi Kategori Reka Bentuk Bunyi Terbaik Di Anugerah Content Asia 2025

Marsha, 40, menzahirkan penghargaan buat semua yang terbabit dalam pembikinan lagu tersebut.

Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Sat, 24 Sep 2022
#tilljannah Wed, 11 Jan 2023

Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Kelahiran Suami, Mawar Rashid Sebak – “Banyak Ups & Down Kita Lalui Sama-Sama…”

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf di laman Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Mawar sebak apabila menyunting video tersebut memandangkan terlalu […]

Featured Fri, 4 Jun 2021

200,000 Rakyat Palestin Perlu Bantuan Kesihatan – WHO

Selepas pertempuran 11 hari antara rejim zionis Israel dan Hamas, rakyat Palestin kini  berdepan keperluan kesihatan mendesak selepas menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menerusi satu kenyataan oleh Agensi , sekurang-kurangnya 200,000 rakyat Palestin di Wilayah […]

error: Content is protected !!