Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 11, 2023 @ 12:18pm

“Jangan Sampai Malaikat Maut Pun You Maki H*njingkan” – Aishah Bidas Kritikan Azwan Ali

Nama penyanyi senior Datuk Aishah kembali hangat diperkatakan kerana sering menjadi tumpuan apabila menjadi peserta sebuah pertandingan nyanyian, baru-baru ini.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia mengakui namanya kembali disebut dan dikecam segelintir pihak. Malah juga menjadi bahan cacian rakan industri seperti pengacara, Azwan Ali.

Ujar Aishah, dia sudah mengenali Azwan atau Diva AA itu sejak sekian lama namun terkilan dengan sikapnya yang lantang berkata-kata sehingga mampu mengguris hati.

“Alhamdulillah semoga dengan berbagai kecaman ini akan mengurangkan dosa-dosa yang lepas.

“Di kalangan artis pun ada. Walaupun I tak baca, tetapi I boleh bayangkan bahasa yang digunakan. Azwan Ali, I tak kenal you sebagai Diva AA. I kenal you dari time AJL Muzik-Muzik.

“I kenal you as a decent guy. I tau you dah beberapa kali cuit I tapi I diamkan saja. I dismissed it as Diva AA doing his thing.

“But as a colleague, I do hope one day soon you will find peace and happiness,” tulisnya.

Pelantun lagu Janji Manis Mu ini berkata dia masih menghormati Azwan sebagai kawan biarpun tidak rapat. Malah, Aishah turut mendoakan agar Azwan diberi ketenangan dan kebahagiaan.

“I selalu tertanya-tanya ‘what happened to this guy, so much anger inside and I do believe deep down, so much pain.’ Azwan, kita bukan budak-budak lagi.

“As a friend I doakan Allah S.W.T berikan you ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Jangan mcm ni Wan. This is not you.

“Orang kata bagaimana kita hidup akan kelihatan nanti bila saat Sakratul Maut. Jangan sampai malaikat maut pun you maki hanjingkan.

“I still regard you as a friend albeit not a close one. May you find eternal happiness. Take care,” tutupnya.

Terdahulu, Azwan atau Diva AA itu ada membuat hantaran di platfrom X (Twitter) dengan mengutuk penampilan Aishah ketika membuat persembahan di pertandingan tersebut.

Malah menyifatkan imej digayakan Aishah pada malam itu tidak menunjukkan imej seorang legenda.
Aishah Aishah

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Tegur Netizen Yang Sering Anggap Artis Hanya Kejar Populariti & Lagha – “Takkan Kita Nak Rakam Video Kita Beribadah?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mungkin Mereka Mahu Jadi Seperti Saya Suatu Hari Nanti” – As’ad Motawh Tayang Badan Mahu Jadi Inspirasi

As’ad Motawh tayang badan untuk memberi inspirasi kepada orang muda diluar sana.

Trending Fri, 4 Jan 2019

惊人想像力搭配迷你模型!幽默重现办公室点滴

来自美国的Derrick Lin喜欢收集各种不同的小人模型,且充满想像力的他将这些小人,以幽默或是讽刺的手法重现他在办公室的生活。

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Selamat Datang Buat Yuna !

Selamat Datang ke keluarga kami kata Ashraff Sinclair pada Yuna

Hiburan Thu, 11 Sep 2025
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

陶晶莹直呼:演唱会前有彩蛋!新歌单追加7首曲目宠粉

出道29年的陶晶莹(陶子)来马来西亚举办大型售票「陶晶莹的1999年演唱会」,消息公开后再加上她本人亲自来马宣传为演唱会「助攻」,粉丝狂扫票。

error: Content is protected !!