Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 9, 2024 @ 1:03pm

“Tak Banyak Saya Boleh Buat Untuk Tunjuk Rasa Terima Kasih Pada Siti Nurhaliza” – Faizal Tahir

Penyanyi terkenal, Faizal Tahir berbesar hati dan bersyukur apabila diberi peluang untuk menyanyi satu pentas bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi terkenal Indonesia, Judika dalam konsert ‘The Journey of Sound’, Sabtu ini.

Menerusi temu bual bersama sebuah radio, Faizal menganggap tawaran menjadi penyanyi jemputan pada malam konsert tersebut sebagai salah satu tanda sokongannya terhadap usaha dan jasa Siti sepanjang bergelar anak seni.

“Sejujurnya saya semestinya tak akan melepaskan peluang diberi tawaran untuk menyanyi satu pentas bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

“Sebenarnya pada saya ini adalah salah satu cara untuk saya menunjukkan sokongan khususnya kepada beliau sebagai status legenda di Malaysia.

“Saya tak rasa banyak yang saya boleh lakukan untuk menunjukkan rasa terima kasih pada Siti tentang apa yang beliau sudah lakukan kepada saya dan industri,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sejati ini turut mengagumi perjalanan seni penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu serta dianggap sebagai satu inspirasi kepadanya.

“Semua tahu Siti adalah seorang inspirasi kepada tanah air termasuklah orang macam saya. Bukan mudah untuk bertahan lama dalam industri. Ini cara saya tunjuk sokongan kepada beliau,” katanya.

@sinar_my

Tak sangka ini sebab kenapa @faizal_tahir bersetuju jadi guest artist untuk konsert Tokti dengan Judika nanti. Sweet betul FT ni 🥹 Jadi tak sabar nak tunggu konsert The Journey Of Sound 😍 #DuoSINAR #FaizalTahir #Tokti #sitinurhaliza #judika #konsert #malaysia #indonesia #fyp #fypdonggggggg

♬ original sound – SINAR – SINAR

Sekadar info, konsert The Journey of Sound Datuk Siti Nurhaliza x Judika bakal berlangsung pada Sabtu ini, 14 Disember 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: “Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Sahaja Siti Macam Biasa” – Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan: The Next Siti Nurhaliza, Ini Respons Biduanita Negara – “Ramai Penyanyi Yang Layak Untuk Berada Ditahap Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2024
Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

Featured Tue, 25 Nov 2025

Abby Abadi Tegur Adegan Mencolok Mata Dalam Drama Melayu – “Jangan! Zina Berat Tu”

Abby Abadi tampil menegur lambakan adegan yang disifatkan sebagai tidak wajar dalam drama tempatan khususnya membabitkan aksi bersentuhan dan berpakaian mencolok mata.

Hiburan Thu, 29 May 2025
Events Thu, 24 Apr 2025

Kepimpinan Baharu MDA 2025-2026: Siap Sedia Terajui Evolusi Industri

Persatuan Digital Malaysia (MDA) telah mengumumkan barisan kepimpinan utama bagi penggal 2025-2026.

error: Content is protected !!