Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 24, 2025 @ 4:52pm

Kepimpinan Baharu MDA 2025-2026: Siap Sedia Terajui Evolusi Industri

Persatuan Digital Malaysia (MDA) telah mengumumkan barisan kepimpinan utama bagi penggal 2025-2026.

Tegas dengan komitmennya untuk terus seiring dengan perubahan pesat dalam landskap media digital dan pemasaran, yang didorong oleh kemunculan Kecerdasan Buatan (AI) serta faktor ekonomi dan geopolitik global yang mempengaruhi perniagaan digital maka Encik Nicholas Sagau Tony Ngimat, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, telah dilantik sebagai Presiden baharu MDA.

Pada masa sama, Encik Pranav Jha, Ketua Amalan Media di GroupM Malaysia, telah dipilih sebagai Naib Presiden.

Dan, pelantikan ini dibuat susulan kenaikan pangkat bekas Presiden, Puan Eileen Ooi, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PHD APAC dimana ia satu pencapaian besar yang menyerlahkan pengaruh Malaysia dalam arena digital serantau.

Selain itu, MDA turut melantik Puan Cindy Eliza Vaz, Ketua Pegawai Digital IPG Mediabrands, sebagai Bendahari baharu.

Dengan pengalaman luas dalam pemasaran berasaskan data dan penyelesaian media, beliau dijangka menyumbang kepakaran yang amat bernilai kepada pasukan kepimpinan.

Manakala, Puan Lydia Wang, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi Star Media Group Berhad, akan terus memegang jawatan Setiausaha MDA.

“Landskap digital kini berada di persimpangan penting, dengan AI bakal mengubah ekosistem seperti mana teknologi sebelum ini telah membentuk semula dunia digital.

“Kini lebih penting berbanding sebelum ini untuk MDA bertindak sebagai pemudah cara, memacu kerjasama dan inovasi,” kata Nicholas Sagau, Presiden baharu MDA.

Tambah Pranav Jha, Naib Presiden baharu yang dilantik berkata, beliau sangat berbesar hatimemikul tanggungjawab ini.

“Saya amat berbesar hati dan teruja untuk memikul tanggungjawab baharu ini di MDA. Tiga tahun terakhir merupakan perjalanan yang sangat bermakna bagi saya, menjadi sebahagian daripada penyatuan agensi pengiklanan, penerbit, pengiklan, dan syarikat teknologi.

“Saya tidak sabar untuk terus memperkukuh janji MDA dalam memupuk bakat, membentuk amalan terbaik dalam digital dan teknologi, memacu inisiatif rentas industri baharu, serta mengiktiraf hasil kerja terbaik rakyat kita.”jelasnya.

Majlis MDA yang dikemas kini bagi penggal 2025-2026 merangkumi pemain industri utama seperti Astro Media Solutions, Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, FCB Shout, REV Media Group, iMedia Asia Sdn Bhd, PETRONAS, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Star Media Group Berhad, Vivaki Malaysia dan Xamble Group Limited.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Jan 2019

Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini

Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini, Pelancong Asing Turut Terlibat

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Peserta I Can See Your Voice Ini Mirip Suara Bruno Mars?

Video ini mengejutkan semua penonton apabila dalam tempoh 5 hari dimuat naik melalui laman rasmi Youtube ntv7, video ini telahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 655, 719 dan nombor satu trending di Malaysia. Wow!

Hiburan Wed, 15 May 2019

Nabila Huda Bawa Anak Sambut Hari Jadi Cara Berbeza

Walaupun hampir bergadai nyawa, apatah lagi rombongan kami semuanya wanita, pengalaman ini akan saya kenang sampai bila-bila

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Remy Ishak Susut Demi ‘Pulang’

Tambah Remy, dia sepatutnya menurunkan lebih banyak berat badan namun dek kekangan masa, misi itu tidak kesampaian.

Hiburan Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!