Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 9, 2024 @ 2:34pm

Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

Pelakon dan pelawak, Joey Daud menepis dakwaan juri tetap bagi program hiburan Famili Duo Musim Ke-4 iaitu Mas Idayu selepas dia didakwa terlupa lirik ketika melakukan persembahan di pentas separuh akhir pada Ahad.

Kata Joey ketika ditemui XTRA usai konsert tersebut, walaupun berasa sedih,  dia akur dengan keputusan yang diberikan sekaligus menghormati pandangan juri terhadap persembahan duo nya bersama Naqiu.

Malah, dia enggan mengulas lanjut dan memanjangkan isu berkenaan komen yang diberikan Mas Idayu terhadapnya.

“Mana ada saya lupa lirik? Nanti kalau jawab jadi kontrovesi dik. Saya sebenarnya, vokal dan saya menghormati pandangan masing-masing dan ini takdirnya saya perlu reda,” ulasnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada dia bersetuju atau tidak dengan komen yang diberikan juri, Joey menjelaskan dia perlu melihat semula persembahan mereka pada malam tersebut.

“Saya kena lihat balik persembahan kamim dimana kelemahan kami.

“Sebab saya diatas pentas saya tidak tahu view dia macam mana,” katanya.

Mengaku terkejut dengan penyingkirannya, Joey atau nama penuhnya, Zulkifli Daud, 53, berkata, dia dan Naqiu sudah melakukan yang terbaik di atas pentas.

“Saya amat terkejut dengan penyingkiran ini dan tertanya-tanya teruk sangat ke persembahan kami?

“Kalau teruk, kami minta maaf kerana mengecewakan ramai pihak. Tapi kalau tidak ambil lah ia sebagai satu hiburan.

“Yang saya tahu, saya dah gabungkan kepakaran kami (bersama Naqiu) mengikut kehendak Famili Duo iaitu untuk menghiburkan,” jelasnya.

Meskipun reda dengan keputusan tersebut, Joey menjelaskan berkenaan komen sarkastik yang diberikan Mas Idayu terhadapnya apabila dikatakan tidak pernah menjuarai mana-mana pertandingan sebelum ini.

Tegas Joey, dia sebenarnya pernah menjuarai sebuah pertandingan televisyen swasta namun, tetap bersetuju dengan komen yang diberikan Mas Idayu, kerana baginya program Famili Duo ini dapat menambah pencapaian ‘portfolio’ nya dalam industri seni tanah air.

“Saya sebelum ini juga memang pernah mendapat gelaran juara tetapi mungkin juri pun tak pernah.

“Saya bersetuju untuk mengikuti program ini adalah untuk menambah pencapaian saya.

“Tapi tidak mengapa mungkin setakat ini saja, yang penting kejuaraan kami di hati peminat,”ujarnya.

Terdahulu, Mas Idayu mendakwa Joey terlupa lirik ketika melakukan persembahan selain mendakwa pelawak itu tidak pernah bergelar juara dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.

Selain Joey dan Naqiu, pasangan yang gagal melayakkan diri pentas akhir Famili Duo 4 ialah, pasangan adik-beradik, Zahid dan Anne.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

ARTIKEL BERKAITAN:Joey Daud Kecewa Segelintir Produksi Utamakan Jumlah Pengikut Di Media Sosial Berbanding Bakat – “Orang Dah Tak Mahu Kita…”

ARTIKEL BERKAITAN:Famili Duo 4: Naqiu & Joey Pertama Kali Bolos Juara Mingguan, Perjalanan Duo Didi Astillah & Thamiera Terhenti Di Suku Akhir!

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Alvin鍾瑾桦28岁生日!粉丝买巴士广告送惊喜

本月23日即将迎来28岁生日的Alvin鍾瑾桦,日前后援粉丝会特别为他举办生日派对,并买下印有鍾瑾桦肖像的巴士广告送上惊喜!

Featured Mon, 20 Apr 2026

“‘Retis’ Tu Apa? Itu Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni” – Ellie Suriaty

Ellie Suriaty tampil menegur tindakan sesetengah pihak yang gemar menggunakan perkataan ‘retis’ bagi  merujuk kepada penggiat seni tanah air.

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Hadiah Untuk Seorang Biduan…

Bantuan yang diberikan itu amat melegakan kami sekeluarga kerana perpindahan tersebut dapat mengurangkan banyak kos perbelanjaan sewa yang cukup tinggi untuk kediaman sebelum ini.

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Kempen Dah Lama Habis, Sila Bayar Duit Mawar

Setiap kali ditanya, dia akan memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa masih belum menerima bayaran daripada klien. Kasihanilah saya yang bertungkus-lumus bekerja.

LIFESTYLE Mon, 26 Nov 2018

Buat Persiapan Timang Anak Pertama, Pasangan Diraja Ini Pindah Rumah

Pasangan diraja ini bakal tinggal di kotej bersejarah di Estet Windsor milik keluarga diraja pada awal tahun hadapan.

error: Content is protected !!