Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 10, 2024 @ 4:37pm

Usai Ibadah Umrah, Kak Nona Nekad Ubah Penampilan – “Saya Dah Buang Semua Pakaian Lama”  

Kakak kepada usahawan, Kak KM iaitu Kak Nona mengakui telah bernekad untuk berhijrab selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Makkah.

Kak Nona atau nama sebenarnya, Rose Azlin turut memaklumkan segala pakaian dan koleksi lama miliknya telah dibuang.

“Bila niat nak pergi umrah, saya bercita-cita untuk berubah.

“Selama dua minggu di Mekah elok saja jaga aurat, solat tak tinggal. Kenapa bila balik tak boleh nak buat macam itu? Sedangkan Allah dah bagi apa yang kita mintak.

“Saya dah buang koleksi-koleksi pakaian yang lama. Bila saya pandang pakaian lama, saya rasa sampai bila saya nak pakai sebegitu,” katanya dalam temu bual bersama Nona.

ula

Sementara itu, ibunya, pelakon veteran Normah Damanhuri turut meluahkan rasa syukur melihat perubahan penampilan anaknya itu.

“Sebagai seorang ibu, saya bersyukur sangat kepada Allah.

“Mula-mula risau juga penghijrahan Kak Nona sekejap, rupanya dia dah beli banyak tudung sebelum berangkat menunaikan umrah,” ujarnya.

@nona.my

Benarlah apa dikata, hidayah itu milik Allah. Ayu dan manis sungguh melihat penampilan terkini salah seorang anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang kini sudah tampil berhijab. Selepas pulang dari menunaikan umrah, Rose Azlin atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Nona terbuka berkongsi kisah penghijrahannya. Malah ibu Normah Damanhuri juga dilihat menadah kesyukuran dan berdoa agar anaknya itu kekal istiqamah. #majalahnona #normahdamanhuri #kaknona

♬ original sound – NONA – NONA

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

“Tidak Mahu Manjakan Bakal Anak Dengan Kemewahan” – Elvina

Elvina mahu anaknya itu hidup dengan penuh kesederhanaan sama seperti orang lain.

Featured Thu, 13 Feb 2025

Zahnita Wilson Mengaku Pernah Ke Wad Psikiatri -“Saya Melihat Banyak Pesakit Yang Lebih Teruk Dari Saya”

“Saya mungkin hilang arah pada waktu itu. Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah,”-Zahnita

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

「草根追梦者」张恒远:追梦赤子心

没有光鲜亮丽的外表,也没有光环笼罩的过去;张恒远的成长历程,倾注着他对于音乐的执着和热爱!

Featured Mon, 2 Mar 2026

Aedy Ashraf Dedah Sisi Gelap Zaman Remaja – “Saya Clubbing, Merompak, Minum Ar*k”

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf tampil mendedahkan sisi gelapnya ketika apabila pernah terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ketika usianya meningkat dewasa.

Trending Fri, 14 Dec 2018
Hiburan Sun, 21 May 2023
error: Content is protected !!