Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 10, 2024 @ 1:38pm

Berat Naik 10 Kilogram, Ain Edruce Risau Sukar Turunkan Berat Badan Lepas Bersalin

Selepas mengumumkan kehamilan kedua, pelakon dan pengacara, Ain Edruce memaklumkan berat badannya semakin bertambah secara mendadak meskipun kandungannya baru berusia lima bulan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ain atau nama penuhnya,  Nurulain Edruce, 33, berkata, berat badannya meningkat sebanyak 10 kilogram (kg) selepas melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan.

“Hari ini (semalam) saya pergi berjumpa dengan doktor, saya periksa berat badan saya. Berat saya daripada 55 kg, sekarang 65 kg. Baru lima bulan lebih hamil,” katanya.

Meskipun sudah mengawal pemakanannya sepanjang tempoh kehamilan, namun pengacara Melodi itu bimbang perubahan drastik itu boleh menyebabkan dirinya sukar mendapatkan kembali berat badan yang ideal selepas bersalin.

“Saya sudah cuba sedaya upaya untuk kurangkan makan tapi berat itu semakin naik. Saya risaulah, lepas bersalin nanti susah mahu turunkan berat badan sebanyak itu,” jelasnya.

Terdahulu, Ain berkongsi berita gembira menerusi hantaran di Instagram apabila dia memaklumkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Ain yang sebelum ini pernah mengalami keguguran pada April lalu bagaimanapun belum mendedahkan jantina anak keduanya.

Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,  Soraya yang kini berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 13 Sep 2021
Trending Tue, 10 Jul 2018

Tun M’s Birthday Wish is for the Press to Help Fight Corruption

Such a simple yet idealistic wish to have asked for.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!活动当天送出了总值超过一万令吉的奖金奖品,让出席的听众朋友个个满载而归。

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jemaah Eropah Maut Terjun Depan Kaabah

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Eat Travel Fri, 7 Dec 2018
Featured Fri, 9 Dec 2022

Nasihat Netizen Sabar Tempuhi Dugaan Dunia, Ustaz Wadi Anuar Tekankan Tak Perlu…

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar bersabar dengan segala ujian hidup di dunia kerana ianya bersifat sementara. @mfazzy BERSABAR SEKEJAP DI DUNIA #dunia #tiktokguru #jombelajar #mfazzy #ustazwadiannuar ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang […]

Featured Wed, 9 Nov 2022
Trending Tue, 3 Dec 2019

Here’s How Rihanna Went From Nearly Bankrupt To The World’s Richest Female Musician

Just like the opening line of Rihanna’s 2016 dance hall anthem, sometimes you just have to “work, work, work, work, work”.

error: Content is protected !!