Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 11, 2024 @ 4:37pm

“Sengaja Tak Bayar Walaupun Mampu, Masih Peragakan Kemewahan” – Asyraf Wajdi Bertegas Tiada Istilah Pilih Bulu Terhadap Peminjam MARA

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada istilah ‘pilih bulu’ terutamanya dalam mengambil tindakan terhadap peminjam-peminjam yang culas membayar.

Menerusi sebuah kenyataan di Facebook miliknya, Asyraf berkata pihak MARA telah memberikan ruang dan peluang kepada peminjam untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil ke atas mereka.

“MARA tidak sewenangnya mengambil tindakan terhadap pinjaman yang culas atau memilih bulu dalam tindakan. MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang.

“Malah, sebelum apa jua tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘IHSAN’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA beruding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Asyraf turut menjelaskan pihak MARA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang culas membayar, terutamanya apabila mereka masih boleh menunjukkan kemewahan di media sosial.

“Namun jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar (procrastination) walaupun berkemampuan bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial, MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan.

“Bermakna tindakan perundangan adalah jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula,” ujarnya.

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan dakwaan mengatakan selebriti, Rozita Che Wan gagal membayar hutang berjumlah hampir RM1 juta terhadap MARA.

Artikel Berkaitan: Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Artikel Berkaitan: Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

Artikel Berkaitan: Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 May 2018

Izreen Azminda Bersyukur Kerana Masih Laku?

Namun, bagi Izreen sendiri tawaran yang datang setelah beliau dihimpit kontroversi sejak November lepas dianggap sebagai rezeki dan beliau tidak mahu sama-sekali mengambil peduli cakap-cakap orang disekeliling beliau

Featured Wed, 12 Apr 2023

Tolak Tawaran Pendamaian Farid Kamil, Diana Danielle Nekad Berpisah – “Hanya Mahu Perkahwinan Berakhir…”

“Diana bersetuju untuk bercerai selepas Syawal” – Peguam Syarie Akberdin

Featured Mon, 9 Mar 2026

“Isu Scammer Rembayung Belum Habis, Ni Tambah Lagi Scammer Lain” – Khairul Aming Minta Netizen Berhati-Hati 

Khairul Aming menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada selepas mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba memperdayakan orang ramai dengan menggunakan namanya.

Trending Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

WTF is on Neelofa’s Head?!

Is this the new fashion trend?

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Wed, 31 May 2023
error: Content is protected !!