Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 12, 2024 @ 2:49pm

Sebulan Lebih Tak Pergi Gym Lepas Cerai, Idzham Ismail Masih Belum Bersedia Hadap Persoalan Orang – “Aku Tak Okay…”

Pelakon, Idzham Ismail seolah-olah belum bersedia untuk menjawab persoalan orang ramai yang bertanya mengenai konflik perceraiannya bersama bekas isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin.

Menerusi platform Threads, Idzham berkata semenjak bercerai dia sudah sebulan tidak menjejakkan kaki ke gym dan menaiki kuda kerana enggan bertemu dengan orang.

“Kena juga hadap persoalan orang, sebab tu la lepas kejadian sebulan lebih dah aku tak pergi ke gym atau horseriding sangat.

“‘Eh makin kurus’, ‘eh dah cerai ke’, ‘eh apa jadi’. Aku nampak okay tapi aku tak okay pun nak hadap soalan-soalan orang. Tak jawab nampak kurang ajar kan. Tapi terpaksa juga hadap, nak teruskan kehidupan,” katanya.

Pada 4 November lalu, Idzham sah bercerai dengan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin yang dikatakan berpunca daripada gagal mengawal kemarahannya sehingga berlaku konflik berpanjangan antara mereka.

Sekadar info, Idzham dan Abilah berkahwin pada Ogos 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Berubah Selepas Kerja Sebagai Pramugari, Gagal Kawal Kemarahan Antara Punca Idzham Ismail Lafaz Cerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Syamel Kini Dah Solo?

Wah, tak sabar nak dengar lagu baru Syamel!

Hiburan Fri, 11 Oct 2024

“Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Haa, kan dah mendapat! Kena lah berrtanggungjawab dengan apa yang anda buat.🔥🔥

Trending Fri, 28 May 2021
Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

SYUKUR, SUAMI MAHU DALAMI ISLAM-LANA NODIN

Menerusi akaun instagram Lana, dia mengetahui hal tersebut selepas memeriksa telefon suaminya dan mendapati perbualan antara suaminya dengan seseorang yang boleh mengajar David mendalami ilmu agama.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Sebulan Di Penjara, Isteri, Anak Mula Rindu Ahmad Dhani

Semoga Mulan Jameela terus kuat mengharungi cabaran yang sedang dilalui ini…

error: Content is protected !!