Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 13, 2024 @ 5:32pm

Hidap Kanser Testis Di Usia 25 Tahun, Marc Syahmie Hargai Peluang Kedua… Mahu Terus Fokus Bidang Lakonan

Pelakon baharu Marc Syahmie atau nama sebenarnya, Ahmad Syahmie Mahayudin, 25, tidak menyangka sakit tulang belakang yang dialami selama hampir setahun dan bengkak di bahagian testis adalah petanda kepada kanser testis.

Dedah naib juara program realiti Fit For Action TV3 ini, dia menerima berita mengejutkan apabila disahkan doktor menghidap kanser testis tahap dua.

“Saya seperti hilang arah ketika diberitahu saya ada kanser. Dalam hati tertanya-tanya kenapa saya, sedangkan umur masih muda dan tiada sejarah kanser dalam keluarga.

“Keluarga juga terkejut, tetapi apabila saya mula melihat sakit ini sebagai penghapus dosa, saya reda dan berdamai dengan takdir,” ujarnya.

Rawatan Awal yang Menyelamatkan

Syahmie bersyukur kerana kansernya dikesan pada peringkat awal dan tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Dalam tempoh sebulan selepas diagnosis, dia menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser di testis kirinya serta satu sesi rawatan kimoterapi dos tinggi.

“Alhamdulillah, doktor memaklumkan saya hanya perlu melalui satu sesi kimoterapi. Walaupun hanya sekali, kesannya tetap terasa.

“Saya mengalami keletihan dan loya, tetapi seminggu selepas rawatan, saya sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Doktor juga yakin saya akan pulih sepenuhnya kerana usia saya yang masih muda,” jelasnya.

Membuang Stigma Kanser Testis

Marc mengakui pada awalnya dia malu untuk berkongsi mengenai penyakitnya kerana stigma negatif terhadap kanser testis.

Namun, pelakon drama bersiri Skuad X yang sedang bersiaran di slot Lestary TV3 ini akhirnya memilih untuk bersuara demi kesedaran masyarakat.

“Awalnya saya ragu-ragu, tetapi saya sedar jika tidak berkongsi, ramai lelaki tidak akan tahu tentang risiko kanser testis.

“Kanser ini boleh menyerang lelaki seawal usia 25 tahun dan jika dikesan awal, nyawa boleh diselamatkan serta memberi kualiti hidup yang lebih baik.

“Saya harap lelaki di luar sana segera mendapatkan pemeriksaan jika ada rasa abnormal pada tubuh mereka.

“Saya sendiri menyesal kerana mengambil masa hampir setahun untuk menerima kenyataan dan mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Marc turut menjelaskan bahawa pembedahan membuang testis kirinya tidak menghalangnya menjalani kehidupan normal, termasuk untuk berkahwin dan memiliki anak.

“Dengan teknologi perubatan moden, bekas pesakit kanser kini boleh menikmati kualiti hidup yang baik. Doktor memberi jaminan saya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh setahun,” tambahnya.

Karier Seni dan Impian Masa Depan

Dalam dunia seni, Marc mula dikenali selepas menjadi naib juara program pencarian bakat Fit For Action di TV3 pada 2022. Sejak itu, dia aktif berlakon dan menjadi model.

Antara drama yang pernah dibintanginya termasuk Geng Daddy Daddy, Cinta Kedua, Keria Women, Hati Terpaut Sayang dan yang terkini, Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan di slot Lestary TV3.

 

“Skuad X adalah projek pertama saya memegang watak utama. Ia pengalaman menyeronokkan kerana banyak elemen CGI digunakan.

“Dalam drama ini, saya memegang watak Khai, seorang remaja dengan kuasa menghentikan masa. Watak ini hampir dengan diri saya, jadi agak mudah untuk saya mendalaminya,” katanya.

Selain itu, Syahmie juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Kanser Sebagai Peluang Kedua

Bagi Marc, pengalaman melawan kanser menjadikannya lebih menghargai kehidupan dan memberi perspektif baharu terhadap cabaran hidup.

“Kanser bukan penamat kehidupan, malah ia membuatkan saya lebih bersyukur. Saya anggap ini peluang kedua untuk melakukan yang terbaik dalam hidup.

 

“Saya akan terus fokus kepada karier lakonan dan menggunakan masa yang ada sebaik mungkin,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Ayu Damit Dedah Pernah Tertekan Dikritik Tak Cantik, Dr Hisham Dzakiria Bantu Jadi Penyelamat

Sepanjang hampir 18 tahun berada dalam industri hiburan, Ayu Damit sering dilabel berimej kampung

Featured Wed, 7 May 2025

Tahniah! Pilih Nama Yusra, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Timang Baby Girl

Bayi seberat 2.85 kilogram dilahirkan secara czer.

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me. Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah […]

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Mon, 8 Sep 2025

“Niat Jahat & Sifat Benci Hanya Akan Makan Diri Sendiri” – Fazura

Fazura sifatkan membenci orang lain tidak memberi faedah

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Trending Thu, 18 Jul 2019

Bila Selebriti Pun Sibuk Nak Try #agechallenge, Agaknya Siapa Yang Paling Hot?

Sekali-sekala artsi nak berhibur dengan apps apa salahnya kan? Netizen jangan ada yang kecam pula.

Trending Mon, 27 Dec 2021

Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita 3, Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

Menewaskan tiga pasangan lain, Syafeek & Zazo berjaya merebut gelaran juara program Lagu Cinta Kita musim ke-3 (LCK3) dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. Membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita […]

error: Content is protected !!