Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin December 20, 2024 @ 4:12pm

Nabila Huda Luah Rasa Bangga, Puji Lakonan Beto Kusyairi Dalam Filem ‘Reversi’ – “Memang Hebat! Tak Ada Siapa Mampu Tandingi Awak”

“Berdamailah dengan takdir, sebab semuanya sudah tertulis”.

Demikian luahan pelakon versatile, Nabila Huda terhadap sahabat yang juga rakan lakonnya, Beto Kusyairi selepas menyaksikan filem terbaharu aktor itu berjudul ‘Reversi’.

Kata Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, dia sangat teruja dan terpesona menyaksikan filem tersebut dek kerana Beto tidak pernah gagal memberikan persembahan luar biasa terhadap mana-mana naskhah lakonannya.

“Baru sahaja menyaksikan Reversi dan saya terpesona. My favorite sparring partner, sekali lagi memberi persembahan luar biasa dan menghidupkan wataknya.

“Memang tak pernah gagal mencuri perhatian saya  dan i am always looking forward for his next work.

“Beto Kusyairy..Awak memang hebat!! Tak ada siapa yang boleh tandingi awak. Performance awak over the top!!

“Berdamailah dengan takdir. Sebab semuanya sudah tertulis. Congratulations again bet!,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Abil menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abil, 40, turut memuji persembahan lakonan yang ditunjukkan barisan aktor dan aktres yang terlibat dalam menjayakan filem tersebut termasuklah, Shiqin Kamal,  Zahiril Adzim, Azhan Rani, Qi Razali, Vanida Imran, Hasnul Rahmat dan ramai lagi sekaligus berharap satu hari nanti dia juga bakal diberikan peluang untuk bekerjasama dengan pengarah, Adrian Teh.

“Consider me your biggest fan from now on! Saya harap satu hari nanti diberikan peluang untuk bekerjasama dengan anda disamping rakan lakon yang berbakat dan skrip yang menakjubkan. Congratulations to everyone involved—you all nailed it!,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

Sedar dengan pujian dan penghargaan yang diberikan rakannya, teraju utama filem Riversi, Beto Kusyairi kelihatan meninggalkan komen balas pada hantaran berkenaan.

“Bil!! Terima kasih.. That was such a nice thing to say. Gigih ya pergi tengok walaupun wrap pukul 8.30 pagi. Energy..ze best! I’m flattered!  Our last scene coming up soon. Jumpa nanti Chom!,” balasnya.

Sekadar info, selain Beto, Filem bergenre cinta cereka sains, ‘Reversi’ turut dibintangi pelakon hebat seperti, Shiqin Kamal, Vanidah Imran, Hasnul Rahmat, Azhan Rani Zahiril Adzim dan ramai lagi.

Filem ini juga sudah mula menemui penonton di pawagam bermula 19 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Filem Tue, 5 Nov 2019

动画电影《紫罗兰永恒花园外传》11月7日大马上映!

动画电影《紫罗兰永恒花园外传》11月7日大马上映!

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Trending Fri, 3 Aug 2018

Air Terjun Setinggi 108 Meter Dalam Gedung Pencakar Langit

Liebian International Building yang terletak di Guiyang, China bahagian Barat Daya mempunyai air terjun buatan yang paling tinggi 108 meter

Featured Thu, 23 Apr 2026

Kumpul Dana Demi Misi Di Belanda, Amir Masdi & SPWinds Wakil Malaysia Ke World Music Contest 2026

Amir Masdi berkongsi berita gembira apabila bakal ke Belanda bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ke World Music Contest (WMC) 2026 di Belanda

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Isu Rupa Paras Tiada Kesudahan, Namron Minta Pelakon Abaikan Kritikan Netizen – “Pedulikan Apa Orang Nak Cakap”

Isu ini tidak akan selesai disebabkan netizen suka mengkritik dan membanding-bandingkan.

Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

error: Content is protected !!