Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 6:06am

Awie Bakal Tampil Sebagai Vokalis 3 Kumpulan Rock Dalam Konsert TRIAD

Legenda rock tanah air, Datuk Awie, bakal mencipta sejarah dengan kemunculan epik dalam konsert TRIAD yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Dalam konsert bersejarah ini, Awie akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock ikonik, iaitu Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.

Dragon Malaya, yang ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai kumpulan pengiring untuk persembahan solo Awie, kini dianggotai Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae.

Kumpulan ini turut dikenali melalui projek album solo Awie, Rentap yang menampilkan lagu ikonik seperti Kuda Tiga Kaki dan Bumi Kita Ada Naga.

Dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah, syarikat milik Awie sendiri, konsert TRIAD bukan sekadar sebuah persembahan muzik.

Ia turut mencipta nama dalam The Malaysian Book of Records sebagai konsert pertama di mana seorang penyanyi utama memimpin tiga kumpulan rock besar di pentas yang sama.

“TRIAD adalah simbol penyatuan bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock sebenar. Ia bukan hanya sebuah konsert, tetapi satu malam di mana sejarah akan tercipta, dan semangat rock akan terus hidup. Alhamdulillah, ia akan terlaksana. Saya teruja untuk bersama penyokong dan rakan-rakan legenda di pentas yang luar biasa ini,” katanya.

Tambah Awie, projek berskala besar ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan

“Menggabungkan tiga band ikonik dan seorang penyanyi bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan doa, fokus, dedikasi dan komitmen untuk memastikan stamina serta kesihatan berada di tahap terbaik.

“Semuanya demi memberikan persembahan sempurna untuk para peminat seni tanah air. Dengan izin Allah SWT, semuanya akan berjalan lancar,” tambahnya.

Tiket untuk konsert TRIAD telah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian melalui laman web rpm.ubertickets.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Aug 2018

农历七月抓交替?溪边惊见裸男浮尸 救难队到场竟「复活」

农历七月鬼门开,坊间盛传溪边、海边都会有水鬼「抓交替」;近日就有一名男网友在网路上PO出一段影片,只见一名裸男面部朝下,趴在湍急的水流中央……

Hiburan Thu, 23 May 2019

新人报到! 22岁「牙套女」刘思延发首支单曲勇闯乐坛

新人报到!今年22岁的牙套女生Suzanne刘思延带着她的首支单曲《老沙发》勇闯乐坛!

Featured Sat, 22 Sep 2018

Peluang Kolaborasi Dengan Siti Nurhaliza, Wish List Hael Husaini Dimakbul Tuhan!

#AntaPermana trending ‘worldwide’ di laman Twitter sejak tengah malam tadi.

Trending Sat, 22 Dec 2018

45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Selepas 14 Tahun, 45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Trending Tue, 30 Mar 2021

Hijjaz Nyanyikan Semula Lagu P Ramlee Dalam Versi Nasyid, Rap & Rock

Lebih lima tahun tidak muncul dengan single terbaru, kumpulan nasyid Hijjaz akhirnya mengubati kerinduan peminat mereka menerusi lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa (TKSB) 2020 yang diberikan nafas baru. Namun […]

error: Content is protected !!