Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 23, 2024 @ 3:35am

CSOIAM: Banyak Kejutan! 6 Peserta Tersingkir, Rezza Shah Terima Imuniti & Kai Deva Dipilih Peserta Paling Fizz

Membuka tirai konsert pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) pelbagai kejutan diberikan buat penonton mahupun peserta terlibat.

Mengetengahkan seramai 20 peserta pada minggu pertama tayangan, CSOIAM telah memilih 14 peserta untuk mara ke minggu seterusnya.

Seperti peserta yang lain, Rezza Shah antara yang memberikan persembahan terbaik namun menjadi peserta yang tersingkir diawal program.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi anak muda berusia 22 tahun itu apabila menerima imuniti daripada juri tetap iaitu, Datuk Yusry Abd Halim Ziana Zain dan Cakra Khan memandangkan dia antara peserta yang mempunyai x-factor.

“Macam Reza, dia can offer something. Dengar suara dia sahaja semua boleh tahu dia ada kualiti x-factor itu,” kata Yusry.

Manakala, Ziana Zain tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan Rezza adalah disebabkan pakej yang dimiliki selain dia merupakan peserta yang mempunyai markah tertinggi.

“As i told earlier memang kena ada pakej. Inilah realitinya. Dan dia ada x-factor yang semua orang nak. Kita bukan saja-saja pilih,” jelasnya.

Berikut merupakan peserta yang berjaya berentap ke minggu kedua CSOIAM ialah :

1. Jimi (Januari – Glenn Fredly)
2. Rezza Shah – (Obses – Akim & The Majistret)
3. Dayangku Iffah – (Bunga Hati – Salma Salsabil)
4. Dhania – (Tak Ada Logika – Agnes Monika)
5. Zazzleen – (I’m Outta Love – Anastacia)
6. Eylia Guntabid – (Semakin- Siti Sarah)
7. Hafiz Zainal – (Save Your Tears – The Weekend)
8. Aniq Iffat (Dibalik Petanda – Kaleb J)
9. Mariam (Boneka – Ernie Zakri)
10. Alya Mardien (Cinta – Marsha)
11. Erfarina (Menjaga Jodoh Orang Lain – Ara Johari)
12. Trio XL (Beautiful Things – Benson Boone)
13. Marygrace (I Have Nothing – Whitney Houston)
14. Kai Deva – (Sumpah Cinta & Matiku – Nidji)

Dalam pada itu, peserta paling Fizz iaitu peserta yang membuat persembahan terbaik pada malam mingguan telah diberikan kepada Kai Deva.

Sementara itu, berikut merupakan senarai enam peserta yang gagal melayakkan diri ke pentas CSOIAM:

1. Esther – (Aku Bidadari Syurgamu – Datuk Siti Nurhaliza)
2. Boisover – (Generasiku – OAG)
3. Iqmal Romi – (Kehilangan – Firman Siagian)
4. Yusriansyah – (Lembah Kesepian – Haqiem Rusli)
5. Before3 – (Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip)
6. Jill Gaisah- (Damello – Dolla)

Juara CSOIAM bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Program ini dikendalilan oleh Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai pengacara.

Konsert minggu pertama turut diserikan dengan persembahan juara OIAM terdahulu iaitu, Suki Low, Ayu Damit dan Tomok.

Malah, Kumpulan KRU turut membuat persembahan istimewa di pentas CSOIAM menerusi lagu hit mereka, Fanatik, Terhangat Di Pasaran dan Vodoo.

CSOIAM akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dan akan disiarkan di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Pakai Tudung Kuning Terang, Elfira Loy Seloroh Diri Tetap Cantik Tak Nampak Seperti Bibik – “Tachood”

Manis je Elfira pakai tudung warna kuning kan, dari jauh dah mampak hehe

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Mon, 14 Jul 2025
Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Lebih Selesa Begini…Tasha Shilla Tolak Kontroversi

Saya mengaku tidak fikir panjang dalam membuat kenyataan sehingga memakan diri.

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Dia Pernah Duduk Dalam Hati Aku…” – Mamat Sepah tak Selesa Nama Jep Terus Dikaitkan

Mamat menegaskan kenangan bersama Jep dan Shuib Sepahtu bukan sesuatu yang mudah dipadam.

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Feeya Iskandar Hamil Anak Kedua

Melalui laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua. Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, […]

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

Nad Zainal sah bercerai dengan suami.

error: Content is protected !!