Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 23, 2024 @ 2:42pm

Kekal Dengan Pendirian, Ziana Zain Anggap Rupa & Penampilan Perlu ‘Setanding’ – “Nak Jadi Penyanyi Bukan Mudah”

Penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain kekal dengan pendiriannya apabila menegaskan bahawa penampilan dan bakat perlu berjalan seiring untuk ‘membantu’ seorang penyanyi itu kekal relevan dalam industri.

Katanya ketika ditemui XTRA usai konsert minggu pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangsung pada Ahad, selain bakat, imej dan penampilan juga adalah tiga asas penting yang perlu ada pada seorang penyanyi.

“Imej yang dimaksudkan adalah penampilan dan bagaimana seseorang itu membawa diri dari segi pemakaian, berjalan, dan sebagainya. Semua itu penting untuk buat orang tertarik.

“Kita bukan macam industri di Barat, ini Malaysia. Bakat, imej dan disiplin adalah tiga benda yang sangat penting dan perlu ada pada penyanyi untuk kekal relevan dalam industri,” ulasnya.

Berkongsi lanjut, juri tetap CSOIAM ini juga menjelaskan bahawa ramai penyanyi berbakat yang lahir dalam industri pada ketika ini, namun sukar untuk ke hadapan dek kerana tidak memiliki kelebihan rupa atau imej.

“Kalau tengok industri sekarang, ramai yang menyanyi bagus tapi bila tak ada penampilan tak boleh nak kemana.

“Bukan nak kata saya pandang mereka sebelah mata, cuma mereka perlu berusaha. Kalau dah ada suara bagus, kena tengok benda apa yang perlu diperbaiki lagi. Itu yang saya selalu tekankan,” katanya.

@tv3malaysia Memang letopzzz bila peserta dan juri bergabung ✨🤩 @Calpis Soda One In A Million | Setiap Ahad | 9malam di TV3 & Strim sekarang melalui Tonton. Tonton Calpis Soda OIAM untuk peluang memenangi sebuah Peugeot Landtrek setiap minggu! Calpis Soda One In A Million, Sejuta Soda Satu Juara! #CalpisSodaOIAMTV3 #SejutaSodaSatuJuara #CalpisMalaysia #oiam ♬ original sound – TV3Malaysia

Sebagai seorang anak seni yang sudah berkecimpung dalam industri lebih dari tiga dekad, faktor utama dalam penjuriannya di pentas CSOIAM ini semestinya tertumpu kepada imej dan penampilan setiap peserta.

“Ketika saya menjadi juri CSOIAM, imej juga antara benda yang saya tengok. Ada peserta yang saya pernah tegur sebab imej.

“Nak jadi penyanyi bukan mudah, sebab itu kena ada guru.

“Peluang datang sekali sahaja, jadi guna sebaik mungkin termasuklah  menjaga imej,” jelasnya.

Membuka tirai konsert pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) pelbagai kejutan diberikan buat penonton mahupun peserta terlibat.

Mengetengahkan seramai 20 peserta pada minggu pertama tayangan, CSOIAM telah memilih 14 peserta untuk mara ke minggu seterusnya.

Untuk info, CSOIAM kali ini dibawakan khas oleh penaja utama Calpis dan rakan penaja iaitu Peugeot, Oppo dan Yes5G.

Bagi musim terbaharu, program CSIOAM bakal menggandingkan pasangan pengacara, Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.

Manakala, barisan juri tetap pula menampilkan gandingan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan penyanyi popular Indonesia,  Cakra Khan.

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan CSOIAM Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!

Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 May 2018

Marsha Milan Teruja Sambut Ramadan Kali Ini

Menurut Marsha juga, bulan ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana pada bulan ini sahajalah kita dapat memperbanyakkan ibadah disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim

Trending Wed, 28 Oct 2020

Pasangan Suami Isteri Yang Terpisah Akibat PKPB Dibenarkan Merentas Negeri

Buat pasangan suami isteri yang terpisah tu, kena patuh SOP juga okay!

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Fri, 21 Nov 2025

Ameena Tunai Umrah Bersama Fizi Ali, Shakilla Khoriri Dedah 9 Hari Tak Dengar Khabar Anak – “Umi Tak Berkecil Hati”

Mungkin anak Umi khusyuk menunaikan Umrah sampai terlupa Umi,” – Shakilla Khoriri

familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

金厉旭退伍帅气回归 SuperJunior成员现身迎接

SuperJunior成员金厉旭结束21个月的兵役生活正式退伍!

Eat Travel Thu, 21 May 2020

Rumah Kebun, percutian semula jadi yang mengasyikkan

Sesuai untuk keluarga besar berkumpul

error: Content is protected !!