Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 24, 2024 @ 10:16am

CSOIAM: Kemunculan Semula KRU Mengimbau Nostalgia!

Pentas Calpis Soda One In A Million menjadi lebih meriah dan penuh energi dengan persembahan luar biasa dari kumpulan penuh nostalgia, KRU sebagai penutup acara. KRU menghidupkan suasana dengan gaya mereka yang unik dan penuh semangat menerusi lagu-lagu hit mereka, antaranya Voodoo, Terhangat Di Pasaran, dan Fanatik yang sudah lama menjadi kegemaran ramai, menyemarakkan lagi malam penuh kejutan itu. Dengan koreografi yang mantap dan persembahan visual yang memukau, KRU berjaya mencuri perhatian dan memastikan semua yang hadir terpesona, mengembalikan semula demam KRU.

Ditubuhkan pada tahun 1992, kumpulan KRU popular dengan menggabungkan elemen pop dan hip-hop. Menerusi persembahan ‘comeback’ mereka eksklusif di TV3, ia memberi para peminat peluang untuk menyaksikan perkembangan terkini projek muzik yang sedang diusahakan oleh mereka. Kehadiran KRU di pentas ini bukan hanya sebuah penghormatan kepada warisan muzik mereka, tetapi juga membuktikan bahawa mereka tetap relevan dan terus berinovasi dalam industri muzik Malaysia.

Episod pertama CSOIAM mencatat permulaan yang penuh kejutan apabila daripada senarai 20 terpilih, hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua, melepasi enam lagi yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal. Dalam persaingan yang sengit, setiap peserta tampil habis-habisan, menonjolkan vokal yang mantap dan penghayatan yang cemerlang demi membuktikan mereka layak digelar ‘satu dalam sejuta’. Namun, impian terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah, yang terpaksa akur dengan keputusan minggu ini.

Kejutan Demi Kejutan! Episod pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menggegarkan dunia hiburan dan mencuri perhatian dengan aura luar biasa. CSOAIM menjadi bualan utama diseluruh negara dalam satu malam! Persembahan memukau, penuh tenaga dengan kemunculan bekas juara-juara One In A Million dari musim-musim terdahulu, kemunculan ikon legenda KRU, serta aksi hebat 20 peserta luar biasa menjadikan malam pembukaan ini sebuah peristiwa epik yang melangkaui jangkaan! Hashtag #OIAM terus melonjak ke trending nombor 1 di platform “X” dengan lebih 700 juta capaian di media sosial menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti tersohor, tetapi satu fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.

Dominasi CSOIAM Menguasai Carta Populariti! CSOIAM mengungguli dari segi potensi dan jumlah capaian, membuktikan kemampuannya menarik perhatian penonton yang lebih luas di pelbagai platform. Dominasi ini mencerminkan pengaruhnya sebagai jenama yang mampu mencipta keterujaan dan daya tarikan yang besar. Namun begitu, anggaran tontonan yang lebih tinggi turut menunjukkan bahawa penonton bukan sahaja lebih aktif berinteraksi, menjadikan setiap pengalaman lebih bermakna dan berimpak.

Minggu Hadapan – Tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’! – Lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati suatu ketika dahulu, diberi nafas dan melodi baru yang segar. Mampukah peserta top 14 memukau juri dan penonton dengan X-faktor yang dinanti-nantikan? Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3. Jangan lepaskan peluang menyaksikan keajaiban peserta-peserta Top 14 ini secara langsung.

Melalui laman sesawang juga, anda boleh mengundi peserta kegemaran sambil berpeluang memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu! Teruskan menonton siaran langsung CSOIAM dan bersedia untuk imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan. Jawab semua soalan dengan tepat dan pantas – siapa tahu, anda mungkin pemenang bertuah yang akan memandu pulang hadiah luar biasa ini!

Undian Untuk CSOIAM Akan Rasmi Bermula Minggu Hadapan! Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan padu kepada peserta kegemaran anda. Keputusan mingguan akan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton, bermula episod kedua sehingga episod kelapan.

Tambahkan impak undian anda dengan mudah! Daftar di Tonton untuk mendapatkan 10 undian percuma. Tidak cukup? Tingkatkan lagi peluang peserta pilihan anda dengan membeli Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif dengan tambahan 50 undian. Pastikan anda bersedia untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan. Undian anda mungkin menjadi penentu kejayaan mereka!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif menerusi “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal,” yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember. Ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahannya. Rasai kesegaran dan nikmati keunikan rasa yang menyegarkan bersama Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 May 2024

“Saya Menyanyi Kerana Bakat Yang Allah Bagi” – Siti Nurhaliza Tak Letak Had Umur ‘Berhenti’ Menyanyi

Apapun keputusannya… Semoga yang baik-baik buat TokTi kesayangan ramai❤️❤️❤️

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Ibu Tak Restu, Puteri Sarah Dedah Kena Habis Belajar Dahulu Baru Boleh Jadi Artis

Reda Allah terletak pada reda ibu jugak tau! Kalau ibu tak restu, apa pun tak menjadi.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023

Kesal Ibu Terima Tempias, Haris Annuar Maklum Keluarga Tak Setuju Nadia Annuar Buka Tudung – “Sekurangnya Dah Terlepas Dari Dosa Sebab…”

Hati seorang ibu sedih melihat anak yang dulu berhijab tiba-tiba buka semula – Harris Annuar

Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Neelofa Tepis Dakwaan Sengaja Menunjuk Bilal Lancar Baca Al-Quran – “Itu Terjadi Spontan”

Neelofa tak ada niat kongsi Bilal lancar baca surah al fatihah

Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Trending Fri, 27 Aug 2021

Semuanya Sedap! Antara 5 Pencuci Mulut Terkenal Di Malaysia, Mana Satu Kegemaran Anda?

Malaysia adalah negara yang sangat unik dengan pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Tapi, kalau ditanya apa yang membuatkan rakyat Malaysia ni bersatu padu, mestilah kerana makanannya yang bervariasi dan semestinya enak-enak belaka! Haa.. Memandangkan negara […]

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

error: Content is protected !!